Skip to main content

Abdulloh WanAhmad : AwanBook

Setelah procese dailog damai Patani yang sudah menjalani hampir setahun (28/02/2013), telah menemui jalan buntu dalam tempuh waktu yang singkat, apabila dibandingkan dengan procese damai yang dialami dari seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, perjuangan secara damai harus diteruskan, bukan hanya mengutamakan dengan cara bersenjata, justeru itu, peperangan tidak akan selesai jika diketepikan cara yang lebih baik dan amat berkesan, terutama desegi langkah-langkah politik.

Bagai manakah, perjuangan kemerdekaan Patani yang telah berlayar lebih dari setengah abad, yang sudah banyak menelan nyawa penduduk tempatan baik Melayu, Budha dan Cina.

Dan sudahpun banyak para mujahid yang telah gugur dalam medan perjuangan demi membela marwah Agama, Bangsa dan Tanahair, namun bilakah konflik di Patani akan selesai dengan mengutamakan procese damai atau secara berpolitik.

Banyak yang menganggapkan bahawa, jalan damai seperti yang dikendalikan oleh sayap politik bagi kedua-dua pihak, baik BRN dan Thailand adalah jalan yang tidak menguntungkan bagi pejuang Patani, kerana mereka menganggapkan bahawa, procese damai secara demakian, mungkin akan digubar oleh pihak Thai, bila keadaan yang agak akan menguntungkan pihak pejuang Patani.

Suatu cabaran yang besar bagi kedua-dua pihak, taklain dan takbukan adalah mengubahkan cara berfikir terhadap rakyat kedua pihak sendiri, baik pihak Thai sendiri yang harus dan pasti membaharui fahaman atau idologi kesiaman mereka, yang telah menjerap masuk kedalam fikiran mereka secara berbuta tuli, yang menganggapkan negara Thai adalah satu, takdapat dipisahkan! sedangkan jika dikaji dari sejarah akan didapati bahawa, Siam itu adalah satu kaum kecil, yang mana mereka mengada-ngadakan sendiri hingga kehari ini.Dengan merampaskan negeri-negeri jiran menjadi tanah jajahan mereka secara beransur-ansur, dengan menggunakan tipuhillah politik, serta mengadakan sejarah baru, yang direka-rekakan secara besar-besaran.

Dan bagi pihak pejuang kemerdekaan Patani pula, harus memperbaharui jijak langkah perjuangan untuk memudahkan dan selaras dengan perkembangan undang-undang antara bangsa, yang harus membawa issu National sebagai bendera Revolosi!, bukan lagi membawa issu agama, walau pun perjuangan yang ditubuh digariskan dan berpandu kepada Dalil atau Nas yang telah dinyatakan dalam Al-quran dan sejarah Rasullullahh(S.A.W.)

Jika kedua pihak takdapat mengatasi perkara tersebut, penyelesaian konflik di Patani memang akan menemui jalan yang agak rumit dan penuh kesulitan, terutama pemahaman yang agak susah diterima oleh akal yang kurang waras dan kurang lojik.

Di sini, bukan bererti mengubahkan idologi atau memindahkan panji kemerdekaan kepada otonomi dan sebagainya, tetapi berubah cara bertindak dalam berpolitik supaya untuk menyelaraskan dengan piugam-piugam antara bangsa, mudah-mudahan jalan untuk capai kepada kejayaan, akan mempercepatkan matlamat yang di cita-cita oleh semua lapisan masyarakat Patani sejagat.