Skip to main content

Orang Rohinghya di Myanmar ramai  yang menjadi mangsa rejim Buddha.  Mereka berugama Islam. Di usir dari negara sendiri. Menjadi pelarian. Ramai yang berhijrah ke Malaysia dan merantau ke beberapa buah negara di dunia ini. Orang Rohinghya dibunuh, Wanita dan gadis dirogol dan kemudiannya dibunuh. Orang lelaki dibakar hidup-hidup. Harta mereka dirampas. Ruma mereka dibakar hangus. Dunia Barat semacam tidak kisah kekejaman yang dilakukan oleh rejim Buddha Myanmar. Tokoh agama mereka tersenyum puas dan membenarkan ini semua.

 

Jdi aku terkenang nasib saudara-saudara di tiga wilayah yang bergolak dan berkocak. Menara,Patani dan Jala. Oh ya, ada beberapa kawasan di Singgora. Mereka di sini berhempas pulas mempertahan diri, bhasa,budaya dan tanah tumpah darah, Negara Patani Darussalam.  Mereka adalah orang Islam. Berbangsa Melayu Patani. Di sini ada ulama yang hebat. pondok pengajian agama tradisi dan moden. Dahulu ramai pelajar dari Nusantara yang datang belajar dan menimba ilmu lalu pulang ke negara sendiri dan menyebarkan ilmu di dada.

Tapi kini Selatan Thailanf semakin lesu tapi ada waktunya masih bertenaga.

Kata Pak Tua yang Aku bertemu di sebuah warung setahun yang lalu. " Kami memang ada tentera sendiri." Aku terus membiarkan dia bercerita tentang Patani. Dia tahu Aku orasng Malaysia. Tapi dia tidak memberi tahu jumlah tentera yang ada.

"Kami tidak mahu menjadi seperti  orang Rohinghya. Tentera kami,orang Islam. Mereka mampu menjaga kami. Kami perlu  menyokong mereka. Jadi tentera Siam perlu berfikir dua tiga sebelum melakukan sesuatu terhadap kami. Kami tahu tentera Siam kuat dan hebat. Kami tidak mampu berperang secara terbuka. Berperang secara  gerila boleh."

Aku bertanya bertanya," Berapa lama boleh berperang secara begini? "itu bergantung kepada keadaan. Kiranya kami tidak  ditindas, mendapat keadilan yang sepatutnya sebagai warganegara, kami tidak perlu berperang dengan Siam."

"Kami tidak mahu menjadi seperti orang Rohinghya. Kami tidak mahu membebankan jiran kami, Malaysia. Di Malaysia sudah penuh dengan  orang  Rohinghya.  Orang kami memang ramai di Malaysia. Kami mencari rezeki di Malaysia. Kami tidak mahu menjadi pelarian seperti orang Rohinghya. Berjuang bagi kami sekarang ini adalah satu keperluan."

"Pak Tua bagaimana dengan pendidikan anak-anak Melayu Patani? Ramai anak Melayu yang tidak boleh berbahasa Melayu dengan baik. Mereka lebih suka belajar agama."

"Kami memang mengakui pentingnya pendidikan. Sebuah buku mampu menawan ratusan pemikiran anak muda. Sebutir peluru mampu meragut satu nyawa saja.Kami perlukan buku dan peluru Encik! Ada dikalangan kami yang tidur makan denganpeluru. Ada yang tidur dengan buku!.

Ya lain padang,lain belalang. Aku tidak mahu mengulas alasan Pak Tua itu. Dia anak tempatan di wilayah terluka Da melakukan apa yang difikirkan sesuai untuk wilayah ini.

Aku berkata kepada Pak Tua, " Pak Tua kenapa tidak sejahterakan bumi Patani ini dengan dakwah? Ini juga senjata Pak Tua!

 

Oleh Tun Sri Lanang Al-Filfilan