Skip to main content

Sekolah adalah sebuah bangunan atau tempat yang berfungsi untuk memberikan ilmu pengentahuan kepada pelajar, tanpa mengira latar belakang ibu bapa mereka. Guru atau cikgu adalah pengajar, pendidik, mudarris dan pengasuh yang merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah, pondok, madrasah dan universiti. Dalam zaman globalisasi ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang, misalnya ‘management guru’ merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti, guru diberi gelaran dosen atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogis atau sains prinsip pengajaran. Struktur sekolah di Patani rata-rata bangunan lama dan baru yang terdiri daripada bangunan kayu dan separuh batu setingkat, dua tingkat dan kadang-kadang terdapat juga di bandar-bandar tiga dan empat tingkat dengan beberapa bilik darjah menurut kapasiti pelajar di kampung dan di bandar di 4 wikayah negara Patani dalam sejarah itu.

Fungsi guru dalam kelas peranan dan tanggungjawab bukan sahaja mengajar, namun kehadiran guru membuatkan pelajar- belajar aktif dan suka belajar. Antara fungsi yang utama ada empat iaitu:

  1. Menciptakan suasana pembelajaran yang kondusif, kereatif, menciptakan berbagai kaedah dan model penyampaian materi pembelajaran, membuat suasana pembelajaran menjadi menarik.
  2. Membangkitkan motivasi para pelajar agar lebih aktif dan giat dalam belajar. 
  3. Membimbing dan memberikan kemudahan bagi pelajar dalam pembelajaran, sehingga proses pembelajaran menjadi berkualiti.
  4. Memimpin pembelajaran, juga sebagai tempat bertanya bagi para pelajar.

Sebagai rakyat Melayu Patani yang terjajah memang sekolah dan guru adalah satu keperluan asasi yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan bangsa kita. Tetapi sekolah dan guru itu mesti berlandaskan prinsip-prinsip dan tujuan pembelajaran di atas. Sekolah tidak bolah dijadikan bangunan itu untuk tujuan lain kecuali urusan kemasyarakatan sahaja. Ramai rakyat Patani tidak tahu tentang taktik rejim penjajah Siam Thailand membenarkan anggota tenteranya menyamar menjadi guru di sekolah-sekolah tertentu di Patani dan secara lansung sekolah-sekolah tersebut telah bertukar menjadi sebahgian pusat aktiviti ketenteraan penjajah. Baik dalam keadaan aman mahupun perang tentera tidak boleh menggunakan bangunan sekolah untuk aktiviti mereka seperti menyamar sebagai guru dan sebagai sami Buddha untuk tujuan detektif (mata-mata) dan lain-lain sepertinya. IHL (International humanitarian law). Ayat 1, 2, 5, 6, 7, 9,12 dan 22. Menurut perjanjian kovensyen Non-International Armed Conflicts (NIAC) AP2 art. 13. 14 CCW (P3) ICC Statut. Art. ( (2) (e) i. Yakni peperangan hanya melibatkan objek ketenteraan sahaja. Tidak boleh menyerang orang awam dan objek awam.

Rakyat Patani tidak ragu-ragu lagi, bahawa sekolah adalah objek awam dan guru juga adalah orang awam yang tidak boleh diserang, dirusakkan, dibakar dan dibunuh tanpa hak, kecuali didapati sekolah dan guru telah bertukar daripada objek awam dan orang awam kepada objek dan anggota tentera, yakni menjadi tempat aktiviti ketenteraan dalam keadaan konflik bersenjata merancang setratigi dan taktik perang atau ada anggota tentera yang tertentu menyamar menjadi guru (perisikan). IHL ayat 139, 140, 144, 149, 151 dan 161. Perjanjian kovensyen NIAC (CA3, AP2 art. 4, 12, 14, 15).

Bertitik tolak daripada larangan di atas, penulis cuba menggunakan media maya dalam bentuk artikel bagi tujuan pencerahan untuk memahami secara ayat demi ayat IHL tentang hukum perang dalam perjanjian kovensyen NIAC sebanyak 161 ayat kepada rakyat Patani. Dengan tujuan itu penulis terpanggil bersama kawan-kawan penulis setahah air tercinta agar supaya bangsa kita Patani lebih peka dan sedar akan tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Patani dalam konflik bersenjata akan hak-hak asasi kita bersama. Dengan cara inilah salah satu pendekatan yang penulis kira boleh dilakukan oleh sesiapa pun, dan selebihnya boleh melalui saluran media lain seperti media elitronik dan media cetat untuk berkemunikatur kepada sesama manusia amnya dan khususnya kepada bangsa melayu Patani.

POS mengutuk sekeras-kerasnya kepada mana-mana pihak baik pejuang atau penajajah yang melakukan jenayah kemanusiaan tesebut ke atas objek awam dan orang awam tidak mengira bangsa, agama dan fahaman politik di Patani. Perbuatan sedemikian hendaklah dihentikan, kerana perbuatan tersebut adalah kesalahan jenayah kemanusiaan dan jenayah perang. POS percaya rakyat Patani dan masyarakat internasional sedang memantau mengumpul bukti-bukti secukupnya dan akan membuat pengaduan untuk menahan pemimpin kedua-dua belah pihak yang didapati bertanggungjawab baik pemimpin Bangkok atau pemimpin Patani di muka pengadilan jenayah internaional di Den Haag Belanda. Keadilan hak asasi manusia (HAM) perlu ditegakan.

Oleh itu, tanggungjawab membangun kepercayaan rakyat Patani untuk menyokong dasar perdamaian di Patani adalah penting tapi hendaklah mengambil kira hak asasi rakyat Patani yang terjajah. Mana-mana pemimpin Patani yang menurut telunjuk dasar perdamaian Bangkok sekarang (สันติสุข atau Keamanan) adalah dianggap mengabaikan amanah rakyat Patani terjajah. Oleh itu dasar perdamaian keturunan penjajah Siam di Patani baik rejim awam mahupun rejim junta tentera sama saja (penjajah).

Di satu pihak ketumbukan tentera penjajah Siam (darat, udara dan laut) yang beroprasi di Patani pula dilihat sebagai satu medan ekonomi yang berbasis di Patani. Selagi keadaan tidak selamat dikekalkan selama itulah tentera dapat hasil ”durian runtuh” tersebut. Contoh di mana Setiap kali berlaku peristiwa pembakaran sekolah, pembunuhan, penahanan orang awam tanpa waran dan kehilangan nyawa orang awam secara misteri dan sebagainya, kerap kali berlaku  didakwa  oleh jurucakap Markah Penglima Division Bahgian 4, (MPD B4) menuding jari kepada pejuang. Namun peristiwa hitam tersebut tetap berlaku setiap kali sebelum atau selepas pembentangan bajet belanjawan tahunan negara Siam atau apabila ada ura-ura tentera kerahan penjajah Siam ke Patani akan ditarik keluar. Di kala itulah secara langsung atau tidak lansung, objek dan orang awam kembali meningkat statastik kebakaran dan pembunuhan awam di 4 wilayah yang yang bergolak.  Kerana hampir 100,000 jiwa tentera penjajah berkawal 24 jam untuk keselamatan objek dan orang awam di Patani di-ibaratkan  seperti gagar betis di mana lokasi peristiwa hitam tersebut berlaku.

Selama 10 tahun kebelakangan ini (2004-2014) perjuangan pembebasan rakyat Patani telah memperlihatkan kepada bangsa-bangsa di dunia dan kepada bangsa serumpun di Nusntara bahawa lebeh 6,000 orang awam terkorban akibat dasar keturunan penjajahan Siam atas Patani sejak 1909 hingga sekarang.

Apakah dosa rakyat Melayu Patani yang dihukum, dibunuh dan dihilangkan nyawa secara misteri oleh rejim penjajah Siam sekarang dan sebelumnya?.......Apakah salah objek dan orang awam (rakyat Melayu Ptani) sehingga tanah air dan bangsa yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada setiap orang manusia dijajah dan dinafikan hak asasi ketuanan bangsanya dan masa depan anak cucu jenerasinya (anak Patani) oleh rejim penjajahan Siam?..... Ke manakah saudara sebangsa, seagama dan senasib tampil menyokong dan membantu baik harta benda, masa dan fikiran dan jiwa raga demi amanah membebaskan bangsa dan negara Patani Darussalam dari senjata kuasa haram rejim penjajah Siam?.

POS percaya selagi ada aktiviti dan bibik-bibik ”membaling batu menyebunyikan tangan” oleh dasar penjajah itu tidak dihentikan dan penjenayah berlesen tidak disiasat, ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan oleh Bangkok, selama itulah perdamaian anjuran penjajah Siam di Patani tidak dapat diyakini pejuang dan rakyat Patani. Siapa pun boleh mengira dan nampak melihat taktik murahan yang dilakunkan oleh pejenayah bertopeng undang-undang darurat sejak 10 tahun yang lalu (2004-2014). Dengan fakta percaturan taktik politik adu domba keturunan rejim penjajah Siam itu ”pecah dan perintah” berluasa di Patani. Dalam keadaan yang tidak menentu ini, rakyat Patani hendaklah bersatu padu di bawah satu cita-cita politik rakyat Melayu Patani yang terjajah memikul peranan, sekarang penulis melihat memang harus rakyat Patani benar-benar membuka mata, hati dan fikiran untuk berfikir secara tulus dan bermeruah. Sekarang masanya rakyat Patani harus menentukan sikap perdamaian yang SATU (merdeka) bukan atas dasar mahu minta hidup senang di bawah penjajahan rejim Siam selama-lamanya, tetapi perdamaian menuntut hak pertuanan untuk hidup merdeka dan bebas dari belenggu rejim penjajahan Siam buat selama-lamanya.