KEGEMILANGAN WARISAN MELAYU DAN POTENSI TARIKAN PELANCONG: PENGENALAN KARYA TERJEMAHAN HADIS NADIR ABAD KE-19

 

 

KEGEMILANGAN WARISAN MELAYU DAN POTENSI TARIKAN PELANCONG: PENGENALAN KARYA TERJEMAHAN HADIS NADIR ABAD KE-19

Ustaz Abdusyakur Bin Syafie ( Abdulsuko Dina)

Pada 21/10/ 2017  penulis telah menyertai seminar Pelancongan Islam Seratau di Naratiwat, Selatan Thailand . Dalam seminar ini ada satu kertas kerja yang amat menarik iaitu KEGEMILANGAN WARISAN MELAYU DAN POTENSI TARIKAN PELANCONG: PENGENALAN KARYA TERJEMAHAN HADIS NADIR ABAD KE-19 yang di bentang oleh  Dr. Amer Hudhaifah bin Hamzah,   Fakulti Bahasa dan Linguistik  Universiti Malaya, Bangsar, Kuala Lumpur, Malaysia  beliu teleh menerangkan bahwa   Manuskrip merupakan suatu bentuk tinggalan sejarah yang sangat bermakna bagi sesebuah bangsa. Manuskrip dan karya-karya nadir berpotensi menjadi produk pelancongan yang unggul jika ia benar-benar dimanfaatkan.

Termasuk karya nadir yang bernilai ini adalah karya Hidyat al-Mukhtar yang tulis oleh Tuan Hasan Besut pada abad ke-19. Beliau  merupakan seorang ulama penterjemah dan pendidik yang unggul di tanah Melayu Nusantara.Meskipun edisi cetakan pertamanya (tahun 1833) mengandungi masalah bahasa dan kesalahan percetakan, namun ia penting kerana telah berjaya menyelamatkan sebuah karya yang dianggap telah hilang (مفقود ) milik al-Hafiz al-Mundhiri yang merupakan seorang ulama Hadis yang disegani di Mesir pada abad ke-7 hijri/13 masihi. Selain itu bersesuai dengan penghormatan sebagai seorang pendidik yang disanjungi yang diberikan kepada pengarangnya di Besut pada abad ke-19, ketiga-tiga karya Tuan Hasan Besut dijangkakan mempunyai nilai ilmu pendidikan dan psikologi yang sangat bermakna untuk dibuat kajian lanjutan.

 

 Kertas Kerja Penuh Click

 

 

 

AttachmentSize
artikel_3.pdf702.4 KB