Skip to main content
Wilayah Thailand selatan telah menjadi sarang kekerasan mematikan selama lebih dari satu dekad sejak kumpulan pejuang Pembebasan Patanii mengobarkan perlawanan melawan pemerintah colonial Kerajaan Thailand.
 
Pada minggu lepas, Penguasa Kudeta Thailand Prayuth Chan-ocha menolak tawaran syarat dari kelompok utama pejuang di PATANI-Thailand Selatan untuk mengadakan perbincangan rasmi perdamaian. Barisan Revolusi Nasional (BRN) menyatakan akan bersedia memasuki rundingan rasmi yang berkonflik berpuluh-puluh tahun itu jika syarat tertentu dipenuhi kerajaan Thailand. BRN menuntut rundingan harus didasarkan pada persetujuan daripada kedua-dua belah pihak yang harus mengadakan dari pihak ketiga dan penyaksian dari peserta antarabangsa. Orang tengah dalam rundingan harus neutral, tidak ada kepentingan dalam konflik sesuai dengan langkah-langkah yang ditetapkan, dan proses perundingan perlu dibentuk bersama-sama antara kedua-dua belah konflik sebelum rundingan bermula. (Lihat di: Surat BRN, Pasca Bom dan Proses Menuju Dialog Damai, http://www.deepsouthwatch.org/node/10541
 
Barisan Revolusi Nasional, BRN - yang merupakan kumpulan berpengaruh dalam konflik berdarah selama 13 tahun di Thailand Selatan - menyatakan bersedia berunding secara langsung dengan kerajaan pusat Bangkok.
 
Sementara itu Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha menolak tawaran itu dan menyatakan pembicaraan perdamaian adalah masalah dalam negeri dan tidak memerlukan penengahan atau pengamatan asing. "Mengapa mereka perlu menjadi pengantara? Tidak bolehkah kita menyelesaikan masalah kita? Jika mereka datang, apa jaminan bahawa mereka akan memahami masalahnya?" kata Prayuth.

Don Pathan

Prayuth menyatakan rundingan akan diteruskan di Malaysia dengan kumpulan berbeza, Mara Patani (1) , namun pengamat kawasan mengatakan bahawa unsur pemberontak sebahagian besar terasing tidak mempunyai kekuatan nyata di lapangan.
 
Demikian Ketua Pasukan Perunding Thailand, Aksara Kerdphol, menegaskan kepada Nopporn Wong-Anan, Editor BBC Thailand, bahawa sudah ada wakil BRN dalam rundingan yang ditaja kerajaan Malaysia iaitu di MARA Patani. Bagaimana mungkin mereka mengatakan itu bukan perwakilan yang sebenarnya, kata Kerdphol kepada BBC Thailand.
 
Pejuang Melayu BRN Patani telah secara rutin melakukan serangan untuk membubarkan perjanjian antara tentera kerajaan Thailand dan Mara Patani, kumpulan yang mendakwa mewakili rangkaian pejuang di meja perundingan.
 
Pemerhati tempatan di Thailand selatan, Don Pathan mengingatkan, rundingan damai itu akan menghadapi masalah jilka tidak melibatkan puak Barisan Revolusi Nasional (BRN) Melayu Patani, yang terlibat pemberontakan aktif di lapangan.
 
Kata Don Pathan, "Saya tak melihat perjanjian ini merupakan sebuah penemuan yang besar, dan Mara Patani tak mempunyai kekuatan untuk memerintah dan mengawal kumpulan-kumpulan pemberontak di lapangan," tambah Pathan, penyelidik yang memahami keadaan di kawasan tersebut.
 
Konflik di wilayah berpenduduk sebahagian besar suku Melayu di wilayah Selatan -Yala, Pattani dan Narathiwat- menewaskan lebih dari 6,500 orang sejak meningkat pada 2004, kata kumpulan pemantau bebas Deep South Watch.
 
"Dalam jangka panjang, jika kerajaan mahukan perdamaian abadi di wilayah itu, mereka harus menyertakan BRN dalam setiap perundingan," kata Srisompop Jitpiromsri, pengarah Deep South Watch.
 
Bagaimanapun Timbalan Rektor Universiti Fatoni di wilayah Pattani, Dr Ahmad Omar, berpendapat secara organisasi BRN memang tidak boleh dikatakan terlibat dalam perundingan Mara yang ditaja kerajaan Malaysia.
 
Yang disebut sebagai wakil BRN, tambah Dr Ahmad Omar, lebih merupakan individu-individu padahal penyertaan rasmi BRN dianggap penting dalam proses rundingan untuk mewujudkan perdamaian di Thailand selatan. Secara umumnya (perundingan Mara Patani) tidak membuahkan hasil yang baik. Hanya sedikit sahaja.
 
"Kerana BRN merupakan suatu gerakan yang mempunyai tentera di lapangan. Untuk menyelesaikan keselamatan, penting dengan BRN," tutur Dr Ahmad Omar.
 
Pada masa ini sedang berjalan proses rundingan yang ditaja oleh kerajaan Malaysia setelah terhentinya perundingan sebelumnya kerana rampasan kuasa politik di Bangkok tahun 2014 lalu. Akan tetapi BRN mengganggap rundingan sebelum ini tidak pernah dinyatakan berhenti secara rasmi dan menolak rundingan yang ditaja kerajaan Malaysia tersebut.
 
Tahun 2014 berlaku rampasan kuasa di Bangkok dan ada pertukaran kerajaan. BRN melihat bahawa hal itu sebagai faktor penting dalam menggagalkan proses namun tidak bermakna memerlukan proses baru. Secara asas (2)  BRN melihat proses itu belum tamat, kerana belum ada pihak-pihak yang menyatakan proses itu sudah tamat jadi kenapa perlu proses baru. Bagi BRN penciptaan proses yang baru selepas tahun 2013 itu adalah menyalahi dasar yang sudah diluluskan sebelum ini. Kesediaan untuk kembali ke meja rundingan merupakan yang pertama kali BRN ungkapkan selepas perundingan tahun 2013 lalu yang gagal kerana rampasan kuasa tentera setahun kemudian.
 
"Yang dinaikkan ke atas meja bukan BRN lagi tapi Mara Patani. Pada awalnya perundingan adalah antara kerajaan Thailand dan BRN, jadi prosesnya belum selesai tapi kenapa mencipta satu proses yang baru?" tegas Abdul Karim dari Jabatan Maklumat BRN.

 

Pendirian Damai BRN

Jika kerajaan kudeta Thailand menolak proses rundingan damai, itu bermakna pemeritahan Thailand kembali ke laluan lama yang menggunakan kekerasan. Selama ini BRN juga menggunakan perjuangan bersenjata untuk mencapai kebebasan dari wilayah yang dulu masuk dalam kedaulatan Kerajaan Melayu Patani di Selatan Thai, namun tidak pernah menutup penyelesaian politik.
 
Perjuangan bersenjata itu ditempuh kerana peluang politik yang tertutup sehingga BRN tidak punya cara selain menggunakan pendekatan bersenjata. Maksudnya BRN menyedari dengan cara bersenjata tidak membawa penyelesaian, oleh kerana itu BRN yakin penyelesaian politik yang boleh menyelesaikan konflik dan keadaan perang ini.
 
Tegas BRN bahawa kesediaan mereka untuk kembali ke meja rundingan tidak disebabkan kerana melemahkan kekuatan bersenjata mereka di lapangan. Menghentikan tindakan kekerasan itu berpijak pada sejauh mana proses perundingan dapat dicapai. Proses itu sendiri yang menentukan perjalanan dan juga perubahan strageti BRN.
 
BRN juga memandang bahawa perundingan adalah implementasi dari pelaksanaan mandat dan aspirasi dari rakyat Patani untuk menuju penyelesaian konflik perang. Bagi rundingan damai haruslah melibatkan orang-orang yang diberi kuasa untuk berunding dan sesuai dengan norma-norma intenasional dan terhindar dari rekayasa. Hal ini kerana memandang penyelesaian konflik melalui dialog damai adalah bahagian dari kerja membina kepercayaan.
 
----------------------------------------
 
(1) Mara Patani sebuah Kumpulan untuk komited menyelesaikan konflik di wilayah selatan "melalui dialog politik secara damai (santhisuk). Lihat di: Mara, Maju dan Mundur Dalam Proses Dialog Damai Patani, http://www.deepsouthwatch.org/node/7536
 
(2) Pada tahun 2013 di mana adanya menandatangani "A General Concencus Document on a Peace Negotiation Process" oleh kerajaan Thailand yang di wakili oleh NSC (National Security Council) dan kumpulan pejuang pembebasan Patani di Thailand Selatan yang di wakili oleh BRN (Barisan Revolusi Nasional) yang meluluskan akan adanya pertemuan yang membincangkan tentang konflik Thailand Selatan dan meluluskan Malaysia sebagai Fasilitator dalam mesyuarat ini.
 
Menandatangani ini dilaksanakan pada tanggal 13 Februari 2013 di Malaysia, menandatangani ini disaksikan langsung oleh Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra dan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Pada mesyuarat ini diisytiharkan bahawa kedua-dua wakil pihak yang berkonflik bersedia untuk melihat akan segala pilihan politik yang membolehkan dalam penyelesaian konflik. Dalam hal ini kerajaan Thailand menganggap BRN sebagai perwakilan dari pada pejuang Patani dan bersetuju bahawa pertemuan ini berjalan dibawah perlembagaan Thailand. Sebagai tambahan, kedua-dua belah pihak bersetuju atas Malaysia sebagai Fasilitator dalam mesyuarat ini. (The Nation, Deep South can expect nothing from the government of Yinluck)