Skip to main content

Saya sudah lama mendengar nama Patani. Tapi tidak pernah berkesempatan ke Patani sehingga usia mencecah 50an. Nama Sheikh Daud tidak asing bagi mereka yang belajar di pondok. Kitab Tok Sheih Daud Al-Fathoni adalah suatu kesemistian. Semua pelajar pondok menggunakan kitab yang dikarang oleh Tok Sheikh yang alim ini.

Tapi ramai yang tidak  mengetahui sejarah perjuangan Tok Sheikh Daud Al-Fathoni. Sejarah perjuangan Sheikh yang besar dan cukup alim ini tidak diajar di Malaysia khususnya di sekolah kerajaan. Mungkin ada pelajar pondok yang mengetahui sejarah perjuangan Sheikh ini tetapi jumlahnya boleh dibilang dengan jari.

Pendidikan yang diberikan oleh Sheikh Daud cukup berkesan dan sukar dipadam walaupun ada usaha bersungguh-sungguh dilakukan.Umat Melayu Islam Patani masih berpegang kuat dengan ajaran Islam khususnya di wilayah Jala,Menara(Narathiwat) dan beberapa kawasan dalam wilayah Singgora. Empat wilayah Melayu Islam ii berhempas pulas mempertahankan pegangan agama Islam dan kebudayaan Melayu. Walaupun begitu umat Melayu Islam belum mampu memartabatkan bahasa Melayu sebagaimana yang dihasratkan oleh pejuang utama keadilan, Haji Sulong.

Arus Siamisasi begitu kuat memukul minda umat Melayu Islam Patani sehingga sebilangan besar mereka tewas dan lebih selesa mengelar ataupun membahasakan diri mereka sebagai "Thai Muslim".

Dalam kitab Sejarah Melayu banyak sekali menyebut nama Singgora(sekarang disebut Songkhla),Ligor( sekarang Nakhon Sithamarat). Semua wilayah ini milik umat Melayu Islam pada suatu masa dahulu.

Dalam hubungan saya tertarik dengan ucapan Lord Macualay di parlimen British. Beliau berkesan sekali pendidikan Islam di India, begitu ampuh sekali sehingga kubu iman umat Islam di India sukar diruntuhkan.

Lord Macualay tidak bertemupun dengan seorang pengemis,pencuri dan budayanya begitu luhur sekali. Menurut Lord Macualay lagi selagi sistem pendidikan di India tidak diruntuhkan sekali itulah British tidak mampu menguasai benua India. Dengan memperkenalkan sistem pendidikan Inggeris satu demi satu budaya dan cara hidup umat Islam di India runtuh setelah termakan racun pendidikan Inggeris..Selepas itu British terus melebarkan jaring pendidikannya ke wilayah Nusantara ini dan Patani Darussalam tidak kecuali.

Apa yang menarik tentang empat wilayah di Hujung Selatan ini tidak ditemui seorang pengemispun. Saya telah berkelana di wilayah sejak tahun 2013 sehinggalah sekarang.

Di Jalapun tiada.

Di Singgorapun tiada

Di Menarapun tiada

Di Patanipun tiada

Apa yang tiada di wilayah yang terluka ini ialah keadilan dan keamanan.

Umat di sini cukup merindui keadilan dan keamanan yang masih jauh berbalam-balam

 

Oleh Tun Sri Lanang Al-Filfilan