Skip to main content

Gambar: Perhimpunan 43 badan NGO sepakat mengundi untuk memberikan suara ''TIDAK'' pada hari pungutan suara mendatang. (kutipan dari matichon)

Keadaan politik di Negeri Gajah Putih, Thailand, nampaknya berada dalam keadaan tegangan tinggi dan mudah meletup. Banyak warga Thailand terganggu dengan peraturan ketat baru, yang menetapkan wacana menjelang penentuan pendapat rakyat tentang undang-undang dasar sokongan ketenteraan pada 7 August.

Pungutan suara yang akan datang akan menjadi ujian besar yang pertama kalinya bagi para petinggi Thailand melakukan pemilihan umum, sejak tentera mengambil alih kuasa pada kudeta Mei 2014 lalu.

Walaupun pilihan raya referendum perlembagaan Thailand baru akan dilakukan pada August akan datang, gerakan-gerakan baik terang-terangan maupun sembunyi-sembunyi telah dilakukan, terutama oleh kerajaan sokongan tentera yang sangat berkeinginan pungutan suara itu berakhir dengan kata 'YA'. Langkah ini tidak menghairankan sebab lulusnya pungutan suara ini akan menjadi sarana legalisasi, baik untuk penggunaan dalam maupun luar negeri, atas berlanjutan dengan pemerintahan saat ini. Tetapi di sisi lain, pungutan suara dengan hasil akhir 'YA' akan menjadi halangan besar bagi sistem demokrasi Thailand.

Dalam minggu-minggu terakhir, kerajaan Thailand yang dipimpin Perdana Menteri Jeneral Prayut Chan-o-cha, telah mengeluarkan sejumlah aturan atau lebih tepat larangan bagi kempen-kempen, baik di tempat umum mahupun di media, yang menyeru pemboikotan pungutan suara itu. Kempen yang meminta pengundi untuk memberika suara 'TIDAK' juga dilarang. Mengetatkan dan pengharaman dilakukan di saat sejumlah parti politik pembangkang, terutama aktivis dan NGO NGO yang pro demokrasi tengah menggiatkan usaha untuk meminta pemilih memboikot atau paling tidak memilih 'TIDAK' dalam pungutan suara itu.

Sekira pungutan suara yang dilakukan akhir-akhir ini menunjukkan sokongan kepada pemerintahan junta semakin menguat. Dengan pertimbangan itu, masyarakat Thailand dijangka rela memberikan kuasa luas bagi Dewan Negara untuk Keamanan dan Ketertiban (NCPO) meski itu bermakna memberangus demokrasi di negeri itu. Status kekuasaan yang tak legal ini menjadi persoalan bagi pemerintah saat ini baik dalam politik dalam negeri maupun dalam menghadapi protes antarabangsa. Bila referendum perlembagaan ini berjaya diluluskan maka kuasa besar NCPO ini akan sah secara undang-undang.

Rancangan undang-undang itu akan memberikan kuasa yang kelewat besar kepada tentera terhadap kerajaan terpilih dan tidak akan menyelesaikan perbezaan antara kekuatan politik yang populis dengan kuasa tentera yang tidak dapat dinafikan. Pemerintah tentera Thailand, memulakan kempen untuk meyakinkan rakyat menggunakan hak pilih dalam penentuan pendapat rakyat atas rancangan undang-undang dasar pada August, yang menurut penguasa akan membuka jalan bagi pilihan raya umum 2017.

Penggubal undang-undang dan ahli panel perancang perlembagaan yang ditugaskan menjelaskan dokumen tersebut kepada para pegawai kerajaan, menerima 100 ribu salinan pertama rancangan itu, daripada jumlah satu juta salinan yang diperuntukkan masyarakat.

Kerajaan kudeta mengatakan bahawa perlembagaan tersebut akan meletakkan asas bagi demokrasi yang stabil, dan yakin bahawa rancangan tersebut akan diluluskan.

"Pada masa ini, tidak ada tanda-tanda kenapa pungutan suara ini tidak akan berjaya," kata Supachai Somcharoen, ketua komisi pemilu kepada wartawan. Mulai pertengahan Jun, kira-kira 100 ribu kadet tentera akan disebar ke seluruh Thailand untuk membincangkan perlembagaan tersebut dan mendorong warga untuk memilih .

Perlembagaan tersebut menyeru penunjukan senat dengan beberapa kerusi diberikan bagi tentera dan polis. Junta mengatakan hal ini perlu untuk melancarkan "tempoh peralihan" lima tahun sebelum pemerintahan sivil penuh boleh dikembalikan.

Rancangan Undang-Undang Dasar yang dicadangkan junta mencadangkan 250 jatah kerusi di Senat diperuntukkan untuk wakil tentera, polis dan pasukan keselamatan. Sementara parti-parti politik di Thailand membantah keras pindaan perlembagaan itu, kerana mencabul amalan demokrasi serta semakin mengukuhkan cengkaman junta.

Sekat Hak Suara Jelang Pungutan Suara

Suruhanjaya Pemilihan Umum (SPU) Thailand menuntut kumpulan anti rampasan kuasa yang menyalurkan maklumat komentar dan mengecam Rancangan Undang Undang Dasar. Mereka menyebut Rancangan perlembagaan itu tidak demokratik, yang akan memberikan hukuman penjara selama 10 tahun. Hukuman itu bagi mereka yang berkempen sebelum pelaksanaan referendum 7 August mendatang, yang telah meluluskan peruntukan kuasa Istana-Raja Thailand. Tentera, yang merampas kuasa dalam rampasan kuasa pada Mei 2014, mengancam akan memenjarakan siapa saja yang berkempen untuk atau menentang perlembagaan, yang oleh pengkritik dikatakan mengukuhkan pengaruh politik tentera.

Sokongan perundangan Raja yang merupakan kekuatan monarki itu merupakan sebuah formaliti. Kumpulan penentang menilai rancangan UUD mengkriminalisasikan seorang pemilih yang "memaksa atau mempengaruhi" untuk memberikan atau tidak memberikan suaranya. Sementara itu, Pemerintah tentera Thailand membina pusat-pusat keselamatan di seluruh negeri menjelang referendum perlembagaan tiap wilayah di Thailand yang berjumlah 76 provinsi.

Empat belas butir peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pemilihan Umum (SPU) dan secara rasmi menjadi undang-undang, membuat perbincangan yang bermaksud baik sekalipun menjadi berisiko, kata ahli akademik dan pakar.

  • Berdasarkan atas peraturan itu, warga Thailand harus mendedahkan pendapat mereka dengan "kata-kata sopan ... tanpa memutarbelitkan fakta".
  • "Wawancara kasar, agresif, atau menakut-nakutkan" dengan media dilarang. Begitu juga mengadakan perbincangan panel "dengan tujuan mencetuskan rusuhan politik".
  • Hal lain yang juga dilarang adalah "kaos, pin dan pita" yang mendorong orang lain untuk berkempen.

Pelanggar peraturan itu akan dikenakan hukuman penjara hingga 10 tahun. Pembangkang, kelompak anti rampasan kuasa dan aktivis pro-demokrasi di Thailand seringkali mendapat hukuman penjara berdasar UU mengenai kejahatan komputer serta penghinaan kerajaan. Bulan lalu, polis Thailand menutup pusat pemantauan pilihan raya yang dibina oleh kumpulan Baju Merah, yang merupakan gerakan anti-rampasan kuasa.

Sebagai tindak balas kepada pembangunan pusat keselamatan, Thanawut Wichaidit, jurucakap kumpulan anti kudeta, berkata kerajaan Thailand telah melaksanakan standard ganda. "Kami tidak boleh mendirikan pusat pemantauan kami, jadi mengapa kerajaan tentera dibenarkan untuk mendirikan pusat-pusat keselamatan mereka?" Ujar Thanawut.

Kerajaan terkesan semakin gugup menjelang pungutan suara, sehingga mengeluarkan larangan perbahasan undang-undang serta lobi-lobi baik untuk yang menyokong maupun yang menentang, namun para pegiat anti-junta baru-baru ini mengadakan tunjuk perasaan kecil dan sering. Sembilan orang yang bergiat telah dipenjara atas dakwaan menghasut dan jenayah komputer. Dua diantaranya menghadapi tambahan dakwaan menghina kerajaan.

Phubed Pisanaka, lulusan undang-undang yang mengulas mengenai kerajaan di akaun Facebooknya berkata peraturan itu akan membuatnya lebih berhati-hati. "Saya perlu berfikir dua kali mengenai apa yang saya tulis dan bagi sekarang," katanya. Warga lain masih tetap mencabar. "Saya akan tetap mendedahkan pendapat saya walaupun boleh saja dipidanakan," kata KornKritch Somjittranukit, penyumbang portal Thailand, Prachatai. "Jika berfikir beza adalah kejahatan, hidup di dalam atau di luar penjara secara praktikal sama saja," katanya.

Puluhan ahli politik dan aktivis yang menentang draf undang-undang ini telah ditahan dan dipenjarakan selama beberapa bulan terakhir.

Penentang paling gigih pengubahan perlembagaan Thailand adalah Khunying Sudarat, salah satu petinggi Partai Pheu Thai. Dia mengatakan jika hasil pungutan suara mengesahkan UU yang baru, maka rakyat Negeri Gajah Putih akan dikembiri hak politiknya. Nantinya tentera akan punya kuasa serta mekanisme mengawal setiap parti di parlimen.

Kumpulan dari pelbagai garis politik menyebut rancangan perlembagaan tersebut tidak demokratik, dengan satu parti politik besar menggesa para penyokongnya untuk memilih "tidak". Menurut penentang, perlembagaan itu hanya akan mengukuhkan peranan politik tentera, yang merebut kuasa dua tahun lalu dalam rampasan kuasa serta menggembar-gemburkan soal pemerintahan lemah dan merosot perpecahan politik selama satu dekad.

Kerajaan Kudeta Tunda Pemilu 2017

Pungutan suara itu akan menjadi ujian bagi populariti junta dan titik kilas yang berpotensi dalam ketidaktentuan politik, kata pemerhati. Pemerintah tentera berjanji akan mengadakan pilihan raya umum (Pemilu) pada pertengahan 2017, meskipun bila perlembagaan tersebut ditolak.

Timbalan Perdana Menteri (Timbalan PM) urusan keselamatan Thailand, Prawit Wongsuwan, menegaskan bahawa pilihan raya umum (pemilu) negara ini akan diadakan pada tahun 2017 meskipun rancangan Undang-Undang Dasar baru boleh diterima oleh rakyat dalam referendum yang akan datang atau tidak.

Junta Tetap Kebal Kira Gagal Pungutan Suara

Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha menyatakan apa-apa hasil pungutan suara tidak akan memberi kesan kepada kerajaan. Dia menolak mundur seandainya rakyat ternyata menolak rancangan UUD baru seperti ditawarkan oleh junta. "Saya tidak akan mengundurkan diri, saya bertugas mengatur ketertiban umum negara ini," kata bekas jeneral angkatan darat itu di Istana Negara, seperti yang dilaporkan oleh Asia Correspondent, Selasa (28/6).

Prayuth mendapat soalan dari wartawan tentang kemungkinan dia mengikuti jejak Perdana Menteri Inggeris, David Cameron, yang mundur ketika rakyat memilih sikap berbeza dari pemerintah dalam referendum. Menurut sang jeneral, pungutan suara Thailand berbeza konteks dengan yang terjadi di Inggeris. Prayuth pun mendakwa tidak boleh diminta berundur kerana berkuasa bukan melalui pemilihan umum.

"Pungutan suara di Thailand adalah perkara yang berbeza, mengapa anda mahukan saya untuk berundur? Saya tidak akan berundur. (PM Cameron) tidak mempunyai kekuatan yang sama dengan saya, masalah negaranya beza dengan permasalahan di Thailand," kata Prayuth.