Skip to main content
 
Salam Merdeka buat Bangsa Melayu Republik Indonesia 17 Ogos 2015, Ulang Tahun Kemerdekaan Ke-70, dan Salam Hari Kemerdekaan Bangsa Melayu Malaysia pada Tanggal 31 Ogos 2015 ini merupakan ulang tahun kemerdekaan yang ke 58. 
 
Dimana negara serumpun Melayu dari Malaysia tahun 1957, Indonesia tahun 1945 masing-masing memerdekakan diri, akan tetapi telah mengubah bangsa Melayu PATANI ini terus menjadi 'ladang pembunuhan' (killing fields) hingga sampai abad ke-20 sekarang. Yang dapat dirasakan masyarakat bangsa rumpun Melayu di rantau yang telah bebas independent hanya sebagai penonton keatas nasib bangsa Melayu Patani. Dengan kata lain lagi, rakyat Patani terus menjadi tetamu di tanahnya sendiri...''
 
 

KAMI Bangsa Melayu PATANI terus berjuang menuntut KEMERDEKAAN seperti kalian, Merdekakan Bangsa Melayu PATANI  !! 

 

 
Lihat artikel dlm bahasa Indonesia di:
 
Lihat artikel dlm bahasa Malaysia di:
 
 
Sempena hari ini 31 Ogos, ulang tahun kemedekaan Bangsa Melayu Malaysia. Dengan mengingatkan ini sempena 58 tahun kemedekaan bangsa Melayu Malaysia, boleh sama kita nonton filem 'SARJAN HASSAN' melihat wadah perjuangan bangsa Melayu Malaysia bukan hanya terletak pada kekuatan senjata sahaja tetapi jatidiri anak bangsa itu sendiri yang akan menjadi tulang belakang kejayaan dalam sebuah bangsa.
 

“Dengar sini kawan kawanku sekampung, aku berharap, janganlah hendaknya, ada manusia seperti ini di tanah air kita, kerana, manusia yang seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita, ya… memang bangsa kita masih muda dan masih lemah, aku tak peduli itu semua…harapan ku hanyalah, kita sesama bangsa, bersatu padu lah hendaknya… “ P.RAMLEE… (SARJAN HASSAN) 1958.

 

Semuga bangsa Melayu Patani dapat menghiburkan menonton dan buat pengajaran untuk kita ambil iktibar bersama. Dapat menonton filem 'SARJAN HASSAN' di: https://www.youtube.com/watch?v=pgutF1zI-eU, >>