Skip to main content
Dalam Proses Dialog Damai antara kerajaan kolonial Siam Thailand dan berisan Perjuangan Pembebasan Melayu Patani yang dilanda konflik politik, sejarah, budaya dan sosial di Patani bukan perkara yang baru berlaku sejak 10 tahun kebelakangan ini. Tapi merupakan mata rantai dari suatu proses konflik entik bangsa yang panjang, sudah lebih dari 200 tahun.
 
Konsensus umum Proses Dialog Damai KL 28 Feb 2013 baru ini ditandatangan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Nasional Thailand yang mewakili kerajaan pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra seketika itu dan Barisan Penjuang Pembebasan Patani diwakili BRN (Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani). Ini merupakan titik perubahan penting dalam sejarah penyelesaian kemelut politik bangsa Melayu Patani dengan penjajah Siam Thai di bahagian Ujung Selatan.
 
Proses dialog damai di Selatan digalang Barisan Revolusi Nasional (BRN), cabang Kubu Revolusi Bangsa Melayu Patani, yang ditubuhkan pada 1960-an untuk menuntut kebebasan bangsa Melayu Patani dari pemerintah colonial Siam Thailand.
Thailand memulakan pembicaraan perdamaian dengan barisan pejuang Melayu, yang bergerak di Selatan, menandakan kemungkinan satu kejayaan dalam kemelut yang telah menewaskan lebih dari 6.000 jiwa manusia itu.
 
Barisan pejuang membela hak-hak bangsa Melayu Patani sebelum ini tidak pernah secara jelas menyatakan tuntutan mereka sejak perlawanan berkobar obor revolusi pada 2004, tapi mereka dianggarkan menginginkan swatantra lebih atau negara berasingan di wilayah bekas Kesultanan Melayu sehingga dirampas Thailand pada 1909.
 

Proses Dialog Damai BRN Dengan Penjajah Siam

Proses Dialog Damai KL cukup diikuti secara teliti oleh masyarakat serantau tetapi juga dipantau pemerhati hak-hak asasi manusia antarabangsa. Sejak ditandatangani konsensus umum antara kerajaan Thai dan wakil para pejuang (BRN) pada 28 Febuari 2013, boleh tercatat dalam sejarah kedua pihak mengadakan tandatangan yang disaksikan oleh pihak fasilitator dan mengadakan liputan media secara langsung kepada public umum, yang sebelum ini tidak ada pernah kedua belah pihak mengadakan dengan rasmi dalam proses dialog, dan ini adalah catatan sejarah buat bangsa Melayu Patani.  Kedua-dua pihak duduk di meja rundingan sebanyak 3 kali (Mac, April dan Julai 2013). Di luar mesyuarat formal itu, kedua-dua pihak beberapa kali bertemu dengan fasilitator, Dato Zamzamin. Delegasi Thai diketuai Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara, Paradorn Pattanatabut manakala delegasi BRN diketuai Ustaz Hassan Tayib.
 
Sejak awal-awal lagi media massa Thailand secara tidak beretika menyiarkan berita Proses Dialog Damai KL dengan maksud tidak baik. Melontarkan kritikan-kritikan liar, membuat spekulasi tanpa fakta jelas dan menurunkan komen-komen berat sebelah. Sangat sedikit yang bertindak balas terhadap proses damai di antara dua musuh yang telah menelan ribuan nyawa itu secara positif. Dan sudah tentu yang kuat mencabar adalah orang-orang dari Parti Demokrat, musuh ketat Parti Peua Thai pimpinan PM Yingluck Shinawatra pada seketika itu.
 
Parti Demokrat merasakan benar-benar terpukul kerana selama puluhan tahun mereka memerintah, hanya sengsara yang dirasakan masyarakat Melayu di bahagian Selatan itu. Dan, yang lebih dikhuatiri seandainya dialog damai itu benar-benar membuahkan hasil positif seperti yang diharapkan, Demokrat akan kehilangan suara yang sangat besar di rantau yang sedang bergolak itu.
 
Proses Dialog Damai KL mula kelihatan ada sedikit keraguan setelah kedua-dua pihak tidak boleh mematuhi perjanjian untuk mengurangkan kekerasan selama 40 hari bermula pada awal Ramadan 2013, yang dikenali dengan Inisiatif Damai Ramadan (Ramadhan Peace Initiative lihat di, http://www.deepsouthwatch.org/ms/node/7308). Pada peringkat awal, inisiatif yang dibuat sepihak oleh fasilitator ini dinilai cukup baik, tetapi akhirnya berantakan di tengah jalan. Sebab dalam inisiatif yang diumumkan pada 12 Julai 2013 itu disebutkan bahawa masing-masing pihak - para pejuang bersenjata pembebasan Patani dan tentera Thai - harus menahan diri dengan mengurangkan tindak kekerasan.
 
Respons hasrat baik tersebut, BRN menyambut dengan menyatakan, mereka tidak hanya akan mengurangkan kekerasan bahkan akan berhenti sama sekali tembak menembak selama bulan Ramadan. Tentu saja dengan syarat, tentera kerajaan harus ditarik balik ke kem masing-masing. Selama tempoh tersebut tentera Thai tidak boleh lagi berkeliaran di tengah-tengah masyarakat Melayu.
 
Inisiatif ini dibuat secara terbuka kepada masyarakat awam, dalam minggu pertama saja aparat keamanan sudah menembak mati beberapa pemuda dan etnik Melayu Patani. Itu tidak hairan, kerana terdapat beberapa kelemahan dalam inisiatif tersebut. Di antaranya tidak disebutkan secara jelas siapa yang akan memantau keadaan di lapangan selama 'gencatan senjata' tersebut. Inisiatif Damai Ramadan pun bubar.
 
Bagaimana pun kesepakatan untuk duduk semeja masih menjadi hasrat bersama. Agar perbincangan lebih terarah, melalui mesej YouTube, pada 6 Ogos 2013, pihak BRN mengajukan Tuntutan Awal 5 Perkara untuk dijadikan agenda perbahasan. Untuk lebih jelas tentang isi tuntutan itu, panel pejuang menghuraikannya dalam 25 halaman. Yang dirasakan berat bagi pihak Thai untuk menerima tuntutan awal itu di antaranya disebutkan bahawa Bangkok harus mengakui ketuanan bangsa Melayu di atas bumi Patani yang dijajah secara mutlak sejak 1902.
 
Yang tidak kalah penting, proses dialog damai mesti mendapat perkenan (endorse) dari Parlimen Thai dan ianya menjadi salah satu agenda nasional. Juga harus mengangkat status Malaysia sebagai orang tengah (mediator), bukan hanya sekadar fasilitator. Wakil-wakil badan atau organisasi seperti Asean, OIC dan NGO asing harus dilibatkan sebagai pemerhati. Semua yang diminta BRN itu ditolak oleh pemerintah rampasan kuasa yang baru diguling pemerintahan Shinawat. 
 
Belum tentu boleh disedari bahawa tanpanya kerajaaan colonial Siam Thailand ikut dalam tuntutan lima perkara dari BRN ini apa-apa proses dialog damai ini tidak boleh membuah hasil kedamaian.
 
Apakah Proses Dialog Damai KL penjajah Siam Thai dan BRN akan diteruskan ataupun dihentikan, bergantung sejauh mana keikhlasan pihak Thai untuk menyelesaikan hutang sejarah dengan bangsa Melayu Patani.
 
Agar perbincangan lebih terarah, Majlis Syura BRN diumumkan berhenti untuk menerus pusingan proses dialog berikut sekira syarat lima tuntutan yang disampaikan pada pihak kerajaan Thailand belum boleh dapat menerima tuntutan awal ini. Proses Dialog Damai KL mula kelihatan ada sedikit keraguan setelah pihak penjajah tidak ikhlas untuk boleh mematuhi agenda daripada lima tuntutan itu. Lagi pun Ramadhan Peace Initiative pun telah bubar yang telah terguris luka bagi bangsa Melayu Patani atas pengkhinatan penjajah Siam Thailand. 
 

Pertumbuhan MARA Langkah Kepintu Rundingan

Sebelum ini sudah ada khabar angin sekitar beberapa bulan menyebut tentang ada kewujudan Mara Patani atau yang diberi nama MAJLIS AMANAH RAKYAT PATANI (Mara Patani). Ia ditubuhkan sejak 25 Oktober 2014 oleh gabungan ahli perjuangan mengambil alih dari BRN dalam proses dialog damai sebelum ini. MARA yang cenderung terus ingin mengadakan proses dialog mencari penyelesaian politik secara rundingan dengan kerajaan Thai setelah kerajaan Thai henti untuk meneruskan dialog damai yang ditandatangani bersama BRN selaku fasilitator Kuala Lumpur menjadi saksi pada argument kedua belah pihak ini. Walaupun belum adanya kerajaaan colonial Siam Thailand ikut dalam tuntutan lima perkara secara rasional dari BRN sebelum nya.
 
Namanya saja inisiatif yang dibuat secara terburu-buru dan pra-matang, pada pertengahan bulan Mac 2015, MARA berdiri dari gabungannya yang terlibat adalah:
1. Barisan Revolusi Nasional terdiri wakil Awang Jabat, Ahmad Juwo dan Shukri Hari, mereka bukan wakil rasmi daripada mandat BRN, salah seorang Awang Jabat pernah ikut serta bersama dalam dialog damai bersama Ustaz Hasan Toiyib. Setelah Majlis Syura BRN diumumkan berhenti untuk menerus pusingan proses dialog berikut sekira syarat lima tuntutan tidak diterima oleh penjajah Siam. Bekas anggota BRN ini telah melanggar prinsip perjuangan BRN yang memelih terjun ke tengah-tengah manipulasi oleh kerajaan colonial Siam yang disertai pihak fasilitator Malaysia dengan mengingkar keputusan Majlis Tinggi Syura. Apapun dengan mewakili atas nama BRN maka tidak sah dalam displin wadah BRN.
2. Barisan Islam Pembebasan Patani (BIPP), wakil Kamaludduin Hanafi atau dengan nama Abu Hafiz Hakim.
3. Pertubuhan Persatuan Pembebasan Patani, wakil Arie Muktar.
4. Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO-DSPP), wakil Abu Hakim Hasan.
5. Gerakan Mujahideen Islam Patani (GMIP), wakil Abu Yasin.
 
Menurut penubuhan Mara Patani bukan sekadar untuk melibatkan diri dalam rundingan damai dengan Thailand tetapi juga akan terus berusaha untuk mendapat sokongan dan dokongan antarabangsa bagi perjuangan rakyat Patani dalam kerangka "Right to Self-Determination".
 
Pertumbuhan MARA yang kehilangan kader-kader sentral BRN dalam proses dialog sebelum ini menyebabkan perjuangan MARA tidak dapat mengadakan penyimpulan yang bersistematik dan menarik pelajaran dari perjuangan yang mengadakan proses dialog damai antara pertumbuhan MARA dengan kerajaan Junta tentera Thailand sehingga kini. Pada hal ini sangat penting bagi sebuah gerakan perjuangan selanjutnya.
 
Dengan demikian seluruh barisan perjuangan bangsa Melayu Patani belum dapat menyedari mengapa perjuangan menderita kekalahan. Dari situ juga sama sekali tidak menghairankan bahawa dalam perjalanan seterusnya pertumbuhan MARA masih saja mengandung kelemahan seperti mana proses perjuangan pada masa lampaunya. Rusaknya sebuah proses dialog sebelum ini, masih segelitir individu bersikap indualisme yang telah ikut serta proses dialog BRN dan penjajah Siam Thailand di KL Malaysia ada mengkhinati istihar Majlis Syura BRN dengan memilih langkah keluar dari haluan prinsip perjuangan dalan wadah BRN. 
 
Dan kerana itu pula tidak menghairankan ada proses dialog Kuala Lumpur, bahawa kader dan ahli perjuangan yang masih selamat tidak lalu terjun ke tengah-tengah manipulasi oleh kerajaan colonial Siam yang disertai pihak fasilitator Malaysia. Dengan kata lain, BRN tetap terus mencipta bagi revolusi Patani di kemudian ini hari. Sebaliknya kerajaan kolonial masih saja menitik beratkan pada policy lama dari Santhiphab dengan berubah ke Santhisuk terus boleh guna propaganda bersama dalam perbincangkan kedamaian yang diterorganisirkan oleh pertumbuhan MARA.
 
Gagalnya rundingan damai yang dibawa oleh pertumbuhan MARA Patani mula kehilangan kewibawaannya yang dipercayai dan mengalami kemunduran, kerana MARA masih saja membisukan diri dalam proses dialognya sama penjajah Siam Thai, dalam arti masih lagi kaku untuk menuntut tuntutan yang jelas. 
 
Tetapi kemunduran ini bersifat sangat sementara saja. BRN kelihatan yang terpukul jauh dari kaca mata penjajah Siam pasti tetap terus bangkit perjalanan yang jauh dan berliku-liku untuk terus meneruskan perjuangan dari prinsip perjuang yang radikalisme, progresif, revolusioner dan nasionalis yang tetap maju.
 

Kebenaran MARA Dibuktikan Gagal Atau Berjaya

Kader, anggota dan simpatisan perjuangan yang masih satu demi satu muncul kembali dan memasuki berbagai organisasi yang ada. Atau mereka mendirikan yang baru untuk ingin mewakili dalam proses dialiog damai yang dianjur fasilitaor Kuala Lumpur, Malaysia.
 
Muncul bermacam-macam jenis koperasi, perkumpulan, rombongan sandiwara berkeliling, perkumpulan musik dls. Pelbagai macam organisasi bahan pelapis bagi perjuagan yang bergerak secara terbuka yang tumbuh berdiri mewakili dengan nama Majlis Amanah Rakyat atau MARA Patani.
 
Atas inisiatif pertumbuhan MARA yang sebagai wakil ketuanya dipilih Awang Jabat. Sementara Shukri Hari adalah ketua delegasi proses dialog damai. Tujuan MARA iyalah untuk mempeoleh syarat kerja yang lebih baik dan untuk melawan perlakuan sewenang-wenang dari penjajah Siam Thailand. Yang lebih jauh dari itu, MARA untuk bersama-sama dengan rakyta-rakyat tertindas berjuang untuk kemerdekaan.
 
Pada awal pimpinan MARA mengadakan hubungan dengan fasilitator untuk mewakili rakyat Melayu Patani di Kuala Lumpur dan menyatakan ingin menjadi ahli untuk menerusi rundingan damai. Sudah barang tentu hal ini disambut gembira oleh badan fasilitator. Akan tetapi, begitu berita tersebut tercium oleh yang berwajib, pemerintah colonial terus saja menggunakan tinju.
 
Perjuangan hanya merupakan salah satu lingkaran sahaja dari banyak lingkaran lain yang dipimpin oleh gerakan MARA. BRN sebuah lingkaran yang telah diusahakan pendekatan, tetapi kerana keiklasan kuasa kolonial Siam yang dikuasai Junta Tentera setelah diambil alih rampasan kuasa untuk terus pendekatan itu belum boleh sampai ke tahap koordinasi. Yang boleh dicapai pada masa itu, dan lanjutan dari MARA hingga sekarang ini merupkan satu program bersama rundingan tetap saja dari omongan kosong. Kerana Kerajaan di bawah kuasa tentera dengan itu perlembagaan Negara sebelum ini telah dibekukan, maka Thailand dipastikan kembali ke titik sifar (lihat 'Monarki dan Kudeta Thailand', http://www.deepsouthwatch.org/ms/node/7498). Undang-undang di negara itu tidak lagi berlandaskan perlembagaan, melainkan berdasarkan undang-undang darurat tentera yang telah dikuatkuasakan dinegara ini.
 
Berdasarkan atas keyakinan MARA ini, bahawa perlu adanya pembulatan tenaga nasional Melayu Patani yang bekerja untuk perjuangan, harus berkembang menjadi satu gerakan rakyat Patani berjanji akan bekerja bagi kepentingan rakyat dan bertanggungjawab sepenuhnya mengenai gerakan rakyat di Patani yang harus memberikan kepadanya kepercayaan sepenuh-penuhnya menjalankan politik untuk kemerdekaan bangsa Patani.
 
Seperti sudah disinggung sedikit di depan, dialog damai MARA bersama penjajah Siam Thai itu dilakukan pada saat dibawah Junta Tentera rampasan kuasa yang berkuasa di kerusi pemerintahan negara. Kerajaan tentera Thailand berturut-turut membuat hubungan dengan pertumbuhan MARA dan menyatakan beberapa kejayaan dalam menjejaki tokoh penggeraknya, tapi tidak pernah mengadakan perbincangan rasmi, atau dari penjelasan MARA terhadap rakyat Patani yang terus menderita untuk mendapat komitmen dalam proses dialog.
 
Hal ini menunjukkan, bahawa semaunya MARA pada saat dialog damai sedang berlangsung sudah tidak percaya lagi akan berhasilnya rundingan damai antara kedua belah pihak MARA dan penjajah Siam Thai. Tindakan semacam ini menunjukkan MARA perlu rasa tanggungjawab yang besar dan menimbulkan kekeliruan di kalangan massa rakyat bangsa Melayu Patani.
 
Dengan secara sedar menyerahkan pimpinan perjuangan pada pertumbuhan MARA tidak boleh diertikan lain kecuali memisahkan rakyat dari kesatauan dan persatuan pada landasan perjuangan sebagai sebuah gerakan yang memikul amanah rakyat yang benar.
 
Tindakan MARA itu menunjukkan betapa cetek pandangan dan pendirian klasnya sebagai tokoh perjuangan ketika ini. Ia sudah kehilangan pegangan dan tidak yakin akan datangnya gelombang pasang gerakan rakyat untuk di masa yang akan datang.
 
Tindakan MARA mengadakan dialog dengan penjajah Siam itu sama saja dengan membubarkan penjajah sebagai satu-satunya kuasa yang boleh memimpin rakyat Melayu Patani ke arah kedamaiannya. Tidak menghairankan, bahawa gerakan MARA mendapat tentangan keras dari banyak masyarakat. Dari komintmen ini pun datang kritikan pedas bagi warga bangsa Patani. Perlu mengingatkan bahawa 'gerakan perjuangan bangsa Melayu Patani yang berhak menuntut, bukan untuk meminta damai'.
 
Apapun perlu mengingatkan perjuangan bangsa Melayu Patani sudah beberapa kali terlibat dalam perbicaraan damai non-formal dengan pihak-pihak yang mengaku sebagai wakil kerajaan Thai dan pelbagai NGO asing. Pertemuan pernah berlangsung di Pulau Langkawi, Bogor, Geneva dan sebagainya. Tapi semuanya tak lebih dari muslihat penjajah Siam Thai belaka, untuk sekadar mengetahui sejauh mana kekuatan persenjataan para pejuang dan sejauh mana kekuatan persatuan dan kekuatan rakyat bangsa Melayu Patani yang akan nanti diadudomba penjajah Siam dalam kesatuan dan persatuan wadah perjuangan kemerdekaan Patani.
 
Akhirnya, sekiranya pejuang pembebasan Melayu Patani kini memilih perlawanan bersenjata, itu tidak lain kerana pada masa lalu hingga sekarang kerajaan Thai tidak mahu mendengar rintihan rakyat Patani. Kerana juga Pemimpin Melayu Patani masa lalu sudah cukup lama berjuang melalui petisyen di parlimen dan badan hak-hak asasi manusia, yang sering berakhir dengan ditahan atau dipenjarakan. Sebahagian dibunuh atau terpaksa meminta suaka di luar negeri. Walaupun keadaan seperti itu masih tetap berlangsung hingga saat ini.
 
Sama halnya dengan Proses Dialog Damai KL yang berusia masih muda, boleh jadi akan meninggalkan kenangan dalam lembaran sejarah sekiranya pihak penjajah Siam Thai masuk gelanggang dialog yang hanya kerana terpaksa atau dengan setengah hati atau sekadar sendiwara saja.
 

** "Melihatlah peta politik penjajah Siam ini, kita benar-benar berhadapan dengan musuh yang memiliki rencana licik, sistematis dan dilaksanakan di tengah-tengah lelapnya umat Patani untuk meneropong strategi musuh dan memilih larut dalam “euforia” perpecahan kesatuan comuniti Melayu Patani. Maka hentikanlah menari-nari di balik perselisihan dalam kesatuan umat bangsa Melayu Patani"