Skip to main content

"Hampir dapat dipastikan dalam damai ada bibit perang, sedangkan perang cepat atau lambat akan - atau perlu - diakhiri dengan perdamaian"

"Setiap pihak yang melanggar, mengganggu atau mensabotaj perjanjian ini akan dianggap sebagai pihak yang tidak mencintai damai dan tidak menghormati statement"

 

Apa itu Gencatan Senjata

 
Gencatan senjata bukanlah perjanjian damai, walaupun tujuannya adalah pemberhentian pertembungan bersenjata, mencegah terjadinya kekerasan. Pencegahan tersebut mungkin saja tidak jelas sampai bila-bila berlakunya atau hanya berlaku dalam rentang waktu tertentu. Sebuah perjanjian gencatan senjata tidak menamatkan perang antara pihak-pihak yang bertelagah. Perang akan terus berlanjut dengan segala implikasinya bagi pihak-pihak yang bertelagah dan pihak-pihak yang neutral.
 
Sebuah gencatan senjata adalah penamatan kekerasan dalam suatu rentang waktu yang diluluskan oleh pihak-pihak yang bertelagah. Gencatan senjata bukan perdamaian separa atau sementara; gencatan senjata hanya merupakan penangguhan operasi ketenteraan dalam skala tertentu yang diluluskan oleh kedua-dua belah pihak.
 
Allah berfirman:
فلا تهنوا وتدعوا إلى السلم وأنتم الأعلون والله معكم ولن يتركم أعمالكم
"Janganlah kamu lemah dan minta damai padahal kalianlah yang di atas dan Allah (pun) beserta kamu, dan Dia sekali-kali tidak mengurangkan (pahala) amal-amal kalian" (QS Muhamad: 35).
 
 

Isi Statement Gagasan Keamanan Ramadan 

 
Dalam dekad terakhir perjanjian gencatan senjata menjadi semakin penting peranannya sebagai perjanjian antarabangsa kerana fakta bahawa dalam sebahagian besar kes perjanjian tersebut tidak didahului oleh perjanjian damai seperti yang dahulu berlaku secara universal, namun tetap merupakan sebuah perjanjian yang dapat menamatkan keganasan yang berlaku akibat negara-negara yang bertikai.
 
Gagasan Keamanan Ramadan di Thailand Selatan adalah bukti bahawa ada cahaya di hujung terowong. Kedua-dua pihak mahukan keamanan di wilayah dan mereka telah menunjukkan komitmen mereka. Gagasan Keamanan Ramadan 2013 tercapai, menyusul JWG-PDP keempat yang diadakan di Kuala Lumpur," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur.
 
Pemahaman umum antara Majlis Keselamatan Negara Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN), kumpulan teras yang mewakili masyarakat Melayu Selatan Thailand, untuk mencapai 'Gagasan Keamanan Ramadan 2013' adalah batu loncatan guna mencapai keamanan di wilayah itu.
 
Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Kumpulan Kerja Gabungan Proses Dialog Perdamaian (JWG-PDP) di Thailand Selatan, Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim, optimis dan percaya diri bahawa gagasan tersebut akan dilanjutkan melampaui tempoh yang dipersetujui. Walaupun gencatan senjata yang dianjur fasilitator Malaysia masih dianggap perjanjian ini terdedah dilanggar kerana merupakan persetujuan bersama secara lisan dan tanpa menandatangani hitam di atas putih.
 
Pejuang Kebebasan Patani, Barisan Revolusi Nasional (BRN) Melayu Patani sebelum ini cuba menyokong dan mendorong terlaksananya perjanjian gencatan senjata bilateral dengan kerajaan Thailand. Majlis Keselamatan Nasional (NSC), yang merupakan perunding utama untuk Thailand mengatakan negaranya pasti meluluskan cadangan yang datang dari statament tersebut, sebab kita harus menghentikan pertumpahan darah yang terjadi, terlebih masa ini kerajaan Thailand dan BRN tengah melakukan rundingan damai, kenyataan yang datang dari Ahmad Zamzamin Hashim, yang mewakili Malaysia, fasilitator perundingan perdamaian.
 
Kerajaan Thailand berjanji akan mematuhi semua peraturan dalam sekepakatan gencatan senjata yang nantinya akan membantu mengatur syarat rundingan damai. Lebih banyak keputusan tersebut akan menumbuhkan sikap saling pengertian antara dua belah pihak," kata Paradhon wakil perunding utama untuk Thailand.
 
Tarikh dan masa efektif, Delegasi kerajaan Thailand dan pejuang Patani dari Barisan Revolusi Nasional (BRN) telah bersetuju dengan 40 hari gencatan senjata di wilayah ujung Selatan Thailand, menyatakan tempoh puasa Ramadan sebagai 'Bulan Bebas dari Senjata'.
 
Tempoh perdamaian yang disepakati berlangsung dari 10 Julai, awal Ramadhan di Thailand, sehingga 18 Ogos, menurut Ahmad Zamzamin Hashim, yang mewakili Malaysia, fasilitator perundingan perdamaian. Penetapan ini sangat penting untuk menyediakan jangka masa tertentu untuk memaklumkan gencatan senjata tersebut ke pos-pos mereka agar perjanjian tidak dilanggar tanpa sengaja ketika sudah berlaku efektif.
 
Ahmad Zamzamin berkata, saat ini BRN akan memastikan tidak ada kekerasan terhadap pasukan keselamatan dan masyarakat, dan pihaknya juga menjamin hak-hak kebebasan dan keselamatan non-Melayu. Gagasan Perdamaian Ramadhan juga termasuk penarikan anggota tentera Thailand dari kampung-kampung etnik Melayu di wilayah Thailand Selatan.
 
Dalam Batas Demarkasi dan Zon Netral "Bebas dari Senjata" merangkumi semua wilayah bergolak di Selatan Thailand seperti Narathiwat, Patani dan Yala dan lima daerah Songkhla  iaitu Na Thawee, Sadao, Chana, The Pa dan Sabayoi.
 
Thailand dan BRN akan bekerja keras untuk memastikan Ramadhan 2013 akan menjadi bulan bebas dari kekerasan untuk menunjukkan keikhlasan, komitmen dan kesungguhan kedua-dua pihak dalam mencari penyelesaian untuk masalah umum melalui platform dialog perdamaian JWG-PDP. Langkah ini merupakan ujian serius pertama dari usaha mereka untuk menamatkan keganasan di meja perundingan.
 
Para pejuang Patani akan menahan diri dari mensasarkan pasukan keselamatan, orang awam berbangsa Siam dan harta, serta menjamin keselamatan di wilayah itu, kata kenyataan tersebut. Sebagai imbalannya, Thailand akan menahan diri dari "setiap tindakan-tindakan agresif" pada masalah keselamatan dan juga memastikan keselamatan orang awam tanpa memandang agama, tambahnya.
 
Thailand akan terus bertanggung jawab terhadap tindakan pencegahan jenayah dan pemantauan untuk tujuan keselamatan awam. "Setiap pihak yang melanggar, mengganggu atau mensabotaj perjanjian ini akan dianggap sebagai pihak yang tidak mencintai damai dan tidak menghormati statement," tuntutan pernyataan itu.
 
Majlis Keselamatan Nasional (NSC), yang merupakan perunding utama untuk Thailand, pasukan tentera dan polis telah berjanji untuk menurunkan serangan mereka pada suspek pejuang Patani dan memeriksa orang-orang etnik Melayu pada Ramadhan. Kerajaan juga mendakwa telah mula menarik tentera dari wilayah itu dan menggantikannya dengan polis dalam usaha untuk menamatkan kesangsian masyarakat. Selama tempoh Gagasan Perdamaian Ramadhan, Majlis Keselamatan Negara Thailand akan menjamin keselamatan dan kesejahteraan semua warganya, terlepas apa latar belakang, bangsa dan agamanya.
 
Genjatan senjata adalah perjanjian yang akan selesai pada akhirnya masa atau dengan merosakkan perjanjian itu. Apakah keadaan normal itu adalah perdamaian dengan perang sebagai selingan dari keadaan damai itu, ataukah keadaan normal itu adalah perang dengan keadaan damai sebagai selingan dari peperangan. Kerana hampir dapat dipastikan dalam damai ada bibit perang, sedangkan perang cepat atau lambat akan - atau perlu - diakhiri dengan perdamaian.
 
Allah berfirman:
فما استقاموا لكم فاستقيموا لهم إن الله يحب المتقين
"Maka, selama mereka berlaku lurus terhadap kamu, hendaklah kamu berlaku lurus (pula) terhadap mereka" (QS At-Taubah: 7).
 
وإما تخافن من قوم خيانة فانبذ إليهم على سواء
"Dan jika kamu khawatir akan (terjadinya) pengkhianatan dari suatu golongan, maka kembalikanlah perjanjian itu kepada mereka dengan cara yang jujur" (QS Al-Anfal; 58).
 
 

Kerajaan Thailand Mengkhianati Perjanjian Damai

 
Tempohnya di masa kini, peruntukan tersebut sering diatur, kemungkinan atas dasar andaian bahawa perjanjian damai akan berlangsung dalam waktu dekat. Maka perjanjian tersebut akan berlaku efektif sehingga salah satu pihak membatalkannya. Walaupun tidak ada ketentuan yang mengatur hal ini, sangatlah penting bagi pihak yang hendak membatalkan perjanjian tersebut untuk mengumumkan niatnya terlebih dahulu.
 
Sementar itu, proses gencatan bersenta mula goyah. Aparat tentera kolonial Siam Thailand mula mengkhianati statement Gagasan Keamanan Ramadan. Perjanjian gencatan senjata, pihak tentera Thailand telah melakukan kesalahan. Empat hari keadaan kelihatan aman dan damai. Berlaku pembunuhan dua orang dari etnik Melayu terbunuh ditembak oleh tentera kerajaan Thailand. Pihak kerajaan Thailand melanggar lebih dulu dengan menembak penduduk awam, tepat di seorang Guru tadika (Tadika) Babo Lie atau Muhammad Yalee Ali di desa Banang Kuwe daerah Banangsta yang terletak di Wilayah Yala, pada hari  Selasa (16/07). Sebelum ini seorang laki Melayu bernama Talib Safi-e juga di tembak dan meninggal dunia sebelum sehari pada Isnin (15/07) dari penembakan guru tadika.
 
Juru bicara BRN Hasan Toiyib mendakwa Kerajaan Thailand telah melanggar statement Gagasan Keamanan Ramadan pada gencatan senjata yang diadakan Kuala Lumpur Malaysia. BRN segera mengadukan pelanggaran kerajaan Thailand yang dilakukan pembunuhan keatas warga etnis Melayu ke fasilitator Ahmad Zamzamin. Jika tidak ada tindak lanjut, BRN segera akan mengadakan perlawanan semula terhadap pemerinta Siam Thailand.
 
Pengkhianatan kerajaan Thailand ini dilaporkan ke JWG-PDP oleh Wakil BRN. Bahawa penduduk awam, Talib Safi-e dan Muhammad Yalee Ali adalah mangsa yang terbunuh pertama dalam perjanjian gencatan senjata antara Majlis Keselamatan Nasional (NSC), yang merupakan perunding utama untuk Thailand dan Wakil BRN.
 
Penembakan pasukan tentera Thailand ke arah warga Melayu Patani merupa pelanggaran statement Gagasan Keamanan Ramadan. Kerajaan Thailand bangsa yang mengingkari perjanjian dengan menyerang warga etnis Melayu Patani, walaupun gencatan senjata antaranya telah dilakukan, namun pegawai tentera Thailand tetap saja melakukan serangan ke warga etnik Melayu dianggap sebagai pihak yang tidak mencintai damai dan tidak menghormati statement.
 
وإن نكثوا أيمانهم من بعد عهدهم وطعنوا في دينكم فقاتلوا أئمة الكفر إنهم لا أيمان لهم لعلهم ينتهون
"Jika mereka merosakkan sumpah (janjinya) sesudah mereka berjanji, dan mereka mencerca agama kalian, maka perangilah pemimpin-pemimpin orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang yang tidak dapat dipegang janjinya, agar supaya mereka berhenti" (QS at-Taubah: 12).
 
 

Kesimpulan:

 
Apa yang salah dari Gagasan Keamanan Ramadan ? Apakah isi kandungan perjanjian gencatan senjata yang tidak berkesan ? Sebenarnya Gagasan Keamanan Ramadan dengan ada gencatan senjata itu sangatlah berkesan karena boleh menimbulkan perdamaian di Selatan Thai yang secara beransur-ansur dan boleh menimbulkan perdamaian yang sesungguhnya, selamamana Gagasan Keamanan Ramadan adanya gencatan senjata antara kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) menghormati statement.
 
Akan tetapi kesepakatan perjanjian damai ini di langgar, apa penyebabnya? Kerana statement perjanjian gencatan senjata tidak di cantumkan penerapan memberikan sekatan kepada pihak yang melanggar perjanjian gencatan senjata yang masih berlaku. Sama ada terdapat sebuah sekatan bagi pihak yang melanggar perjanjian ini. Maka peranan Gabungan Proses Dialog Perdamaian (JWG-PDP) kerajaan Malaysia sebagai fasilitator perlu memberikan sekatan.
 
Instrumen perundingan dari aturan dalam statement Gagasan Keamanan Ramadan dengan ada gencatan senjata menunjukkan perlunya ada suruhanjaya dari Negara-negara Netral untuk mengawasi gencatan senjata dengan memperhatikan masyarakat dan keamanan di Thaialnd Selatan; serta untuk memastikan pematuhan kedua belah pihak terhadap aturan-aturan dalam perjanjian gencatan senjata tersebut.
 
Dalam proposal Gagasan Keamanan Ramadan dan gecatan senjata di Thaialnd Selatan yang diajukan fasilitator perundingan perdamaian di Kuala Lumpur Malaysia, malangnya dalam proposal gencatan senjata antara kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) tidak ada sebut pihak yang akan diawasi dari oleh suruhanjaya pengawasan antarabangsa, OIC, Badan ASEAN, atau badan khas yang di wakili oleh fasilitator Malaysia sendiri untuk menunjukkan komitmen dalam proses selama gencatan senjata. Alhasil, Gagasan Keamanan Ramadan dalam perjanjian gencatan senjata ada pihak yang melanggar, mengganggu proses damai sebagai pihak yang tidak menghormati statement yang tidak ada apa sekatan bagi pihak yang melanggar perjanjian ini.
 
Menyemak setiap ketegangan yang terjadi antara bangsa penjajah Thailand dan bangsa Melayu Patani, seakan-akan kedua bangsa ini diajak untuk bersiap menghadapi peperangan, dan diplomasi menjadi pilihan yang kurang menarik. Ada pepatah Latin mengatakan "jika mahukan perdamaian, maka bersiaplah untuk perang" (Si vis pacem, para bellum). Akan tetapi, sekali lagi, di mana nilai kemanusiaan berada di tempat tertinggi, perang bukanlah pilihan yang berperikemanusiaan (Si vis pacem, para bellum). Walaupun kerajaan Thai saling silih berganti dari pemerintah pilihan secara demokrasi mau pun pemerintah Junta Militer bergantian tetapi proses menuju perdamaian di Patani, Selatan Thai tetatp mencemaskan kerana kerajaan penjajah Thailand selalu guna kekerasan kekuatan ketenteraan daripada guna diplomasi sebagai pilihanya. Persoalannya, dimanakah keiklasan kerajaan Thailand mencari perdamaian bagi komuniti Melayu Patani di Selatan Thai ??