Skip to main content
Ku persembahkan buat Ayah Bangnara'
Buku: Patani Dahulu dan Sekarang
Ayah Bangnara
Cetakan Pertama Bulan Oktober Tahun 1977
 
''Sangat sulit kita bisa lihat 
buka yang usia hampir setengah abad
sedikit dapat dikongsikan 
dalam beberapa halaman 
untuk kita sama bisa dilihatkan..''
 
.. Orang Tua Mu Bercerita ..
 
" Zaman berzaman kita menderita
ditindas oleh manusia durjana
dibunuh berbagai-bagai cara
dengan tak payah bicara
 
tahun sembilan belas empat puluh
ibu bapa mju disuruh
pakai seluar buangkan sarung
jangan berkopiah jangan berkelubung
 
nama-nama ditukar bahasa dimusnah
kepada berhala disuruh sembah
sirih pinang disuruh tebang
kerana tanda orang-orang terbelakang
 
tahun sembilan belas empat puluh tujuh
orang-orang belukar samok dituduh
harta mereka dimusnah
rumah mereka dibakar berpuluh buah
 
bulan april empat puluh lapan
didusun bayor berlaku pertempuran
beberapa rakyat dikurbankan
termasuk kanak-kanak dan perempuan
 
sebulan kemudian Kamnan Mat kena tangkap
beliau diperbuat dengan sangat biadab
beliau dibunuh oleh serdadu
dengan tak kemahkamah terlebih dahulu

 
13 Ogus lima puluh empat
Haji Sulung dan rakan-rakan nya berempat
dibunuh ditasik Songgora
dinunuh tak berkubur tak ber pusara
 
13 March lima puluh enam
mayat haji Abdul Somad ditanam
beliau ditembak pada malam dua belas
dengan dengan peluru enam das
 
13 disember tujuh puluh lima
13 syahid berpuluh cedera
dibunuh waktu malam hujan
mereka tembak orang sedang azan
 
beberapa lelaki yang mati
tetapi mereka buat tak mengerti
yang kita tuntut tak peduli
mereka kata kita hendak merdekakan Patani
 
Hai ! mereka terlampau khawatir
mereka sangka kita tak penah pikir
kita cuma tuntut keadilan
mereka saja kira yang bukan-bukan."