Skip to main content

Kalau lihat di Peta Dunia, Thailand Selatan bersempadan langsung dengan Malaysia. Sehingga budaya Melayu lebih kental daripada budaya Thai itu sendiri, sebagai contoh masyarakat di sini sangat menyukai lagu dan filem Malaysia serta Indonesia. Bahasa pun mereka lebih sering menggunakan bahasa Melayu, pakaian yang dikenakan serta penganut agama Islam banyak bertebaran di wilayah Selatan yang beretnis Melayu ini. Kelihatan penduduk disini benar lebih mirip orang Melayu, berbeza dengan penduduk Siam-Thailand pada umumnya yang bersuku Thai, kerana sebenarnya mereka adalah keturunan Melayu.

Bergabungnya tiga wilayah di selatan Thailand (Pattani, Yala dan Narathiwat) adalah kehendak dari Inggeris dan Kerajaan Siam melalui perjanjian pada tahun 1909. Yang sama sekali tidak mendengar suara rakyat Melayu di bahgian wilayah Thailand Selatan tersebut.

Adapun awal perkembangan politik Thailand di Selatan (Patani) berdasarkan pada mendelegitimasikan (kepalsuan) bangsa Patani dan berusaha melegitimasikan (mengesahkan menurut undang-undang) atas haknya. Jadi jelas bahawa Kerajaan Siam-Thai bertujuan untuk menghapuskan pemilikan hak atas bangsa Patani, baik secara politik maupun fizikal, merupakan suatu simbol yang tak dapat dihindarkan.

Sistem demokrasi Kerajaan Thailand yang terbentuk oleh budaya dan agamanya cenderung autoritarian terhadap minoriti Melayu di bahagian Selatan Thailand. Demokrasi barangkali baik bagi orang lain, tetapi bagi bangsa Patani bagaikan negara yang golongan bangsawan atau seumpamanya.

Sehingga hingga saat ini banyak aktiviti atau kebudayaan Thai yang tidak dilakukan oleh warga Patani, kerana menurut mereka 'kita berbeza Ideologi'. Banyak warga Melayu Patani khususnya tidak ikhlas menjadi sebahagian dari negara Thailand. Utamanya Melayu di selatan Thailand yang secara kultur dan geografi lebih dekat ke dunia Melayu. Patani memang terbilang berhampiran dengan Bangkok, tapi bagi sebahagian warga Thai terasa begitu jauh (dihati). Kerana Patani adalah Dunia Melayu di bawah penjajah Siam-Thailand.

 

Pokok Permasalahan

Salah satu pokok permasalahan, dasar asimilasi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Thai, menimbulkan kontra terhadap dasar tersebut. Masyarakat Melayu Patani yang tidak menghendaki adanya pencampuran cultural Budha dan Melayu, menyebabkan adanya pertentangan warga keturunan Melayu Patani terhadap dasar kerajaan Thai. Adanya perbezaan tersebut muncul keinginan masyarakat Patani mendirikan Hak Kebebasan dan Hak Kemerdekaan.

Sejak Bangsa Patani diintegrasi didalam national state Thai pada tahun 1909, Rakyat Melayu Patani tetap melakukan perlawanan. Dua unsur yang menjadi ikatan solidariti dan matlamat perjuangan rakyat Patani, iaitu ikatan Nasionalis Melayu Patani dan perang menuntut kebebasan atas seluruh umat Bangsa Melayu Patani.

Disisi lain, kerajaan Thai melakukan pelbagai program asimilasi yang bertujuan menggantikan identiti agama dan cultural orang Melayu Patani dengan ideologi kebangsaan iaitu "Bangsa, Agama dan Raja. Ketiga symbol itulah yang mendasai suatu pembentukan identiti dan kebudayaan nasional guna menyatukan kerajaan, ideologi nasional tersebut berakar kuat dari Budhisme. Oleh karenanya semua penduduk kekal tanpa memandang bangsa apatun asal-usul cultural diseluruh wilayah kerajaan perlu menjalankan asimilasi sepenuhnya ke arah cara hidup Thai guna mewujudkan suatu pandangan nasional.

Hal ini bermakna orang-orang Melayu Patani akan dijadikan sebagai "orang Thai" dengan jalan atau cara-cara berprilaku seperti orang Thai atau kehilangan identiti kemelayuan berserta budaya mereka. Dalam menjalankan dasar asimilasi kerajaan Thai menggunakan tiga bidang projek iaitu bidang undang-undang, pendidikan dan budaya.

 

 

Siapa Mendominasi Siapa

Thailand kini memang berada di bawah pemerintahan tentera yang tidak demokratik, iaitu dibawah kekuasaan junta tentera. Tetapi faktanya di bawah pemerintahan sivil pun masih muncul balas seperti dilontarkan Komnas HAM di sana. Jadi, demokrasi memang tidak serta-merta sempurna. Sebenarnyalah demokrasi sendiri merupakan satu proses, bahkan mungkin proses belajar yang panjang.

Warna budaya Melayu memang sangat kental di 3 wilayah Selatan iaitu Narathiwat, Yala Pattani dan sebahagian 5 daerah di wilayah Songkla Thailand Selatan. Pemandangan para muslimah berjilbab. Warga Melayu Patani juga akrab dengan pakaian batik (dengan bahasa yang sama: batik). Untuk keperluan ibadah, banyak warga Patani yang memakai sarung asli Samarinda. Sepertinya profil Melayu di Patani kerap bertukar budaya dengan Melayu di Malaysia ataupun Indonesia.

Siam itu menjajah tiga wilayah di selatan Thailand sehingga kini, dan "Jangan sebut Kami orang Thai atau Muslim Thai. Kami adalah Orang Melayu Muslim Patani '', tutur salah seorang warga di Pattani.

Memang, sepintas pemandangan di Patani boleh menandakan bahawa ini masih wilayah Thailand hanyalah terdapat potret Raja Bhumibol yang masih bertebaran disana sini, juga bendera merah putih biru Thailand serta bendera kuning kerajaan yang bertengger di semua institusi formal.

Yang unik, di kubah masjid Jami Patani, dipasang pula bendera Thailand persis di bawah tiang bulan bintang. Jadi apa yang berlaku di Thailand Selatan tak jelas siapa menguasai siapa?