Skip to main content

MASYARAKAT PUJUD,

 Meniti masa....kelmarin , hari ini dan esok.

Nukilan : Allahyarham AHMADSOMBOON BUALUANG

 

Nota : Sekitar bulan September 2012 : Allahyarham AHMADSOMBOON BUALUANG telah minta  saya  menterjemahkan sebuah puisi karya beliau asal dalam bahasa Thai kepada bahasa Melayu. Hajat itu telah saya tunaikan. Sebagai penghargaan dan ingatan kepada seorang sahabat, di sini saya perturunkan terjemahan tersebut.Walaupun ia berkisar mengenai PUJUD tetapi ianya releven bagi seluruh Patani Darussalam. - Abu Hafez Al-Hakim.

 

 

"Pada suatu ketika,

Disuatu masa yang silam....ratusan tahun   yang lalu.

Negara Patani Darussalam di  penghujung zaman gemilang.

Istana bergolak..kucar kacir,diasak dan diserang... bertubi-tubi.

43 wilayah kecil terumbang ambing.

Kiranya Kota Krisek runtuh ranap,..bagaimanakah kehidupan bisa diteruskan?

Sang Pembesar Negara Patani Darussalam..memilih Pujud untuk menetap,menghilangkan resah.

Bertekad membangunkan Negeri dan Istana baru....Long Yunus yang berpengaruh lagi perkasa.

Nama Kota Pujud dimasyhurkan... namun hanya untuk seketika....

Sebelum mengatur langkah berundur ke Negeri Kelantan.

 

Di Negeri Kelantan ramai keturunan Pujud-Kelantan.

Seorang darinya adalah Raja yang bertakhta dewasa kini.

Kesan kegemilangan Pujud terserlah ,

Makam Tok Datu dan para Panglimanya.

Datu atau Ratu adalah para pembesar di Kota Pujud yang ternama.

Atau mungkinkah ia Ratu Kota Pujud dari Riau di Pulau Sumatera,Indonesia ?

Sahabat karib Long Yunus yang tercinta?

 

Tatakala Negara  Patani runtuh ranap,rakyat jelata bertempiaran ke serata pelusuk.

Adik,abang, rakan dan taulan terpisah jauh sukar dikesan.

Ada yang menyelamatkan diri..berkayuh ...    mudik Sungai Patani yang berarus deras.

Menuju dataran rimba Halabala...membina kehidupan jauh di belantara tidak terkesan.

Ada yang mendaki bukit, merenangi sungai,hari berganti bulan...ke Negeri  Melayu arah Selatan.

Mendirikan Negeri dan Kota yang diwarisi turun temurun,

Sehingga kini ,memegang pelbagai jawatan dan gelaran.

 

 

Ada yang menetang musuh hingga lemah longlai...dibunuh,diseksa dan ditawan bila tertewas.

Dikepung, dihambat dan dibelengu...lalu di bawa ke Kota Bangkok nan jauh di hujung dunia.

Di saat Negara Patani menyusur zaman kegelapan, di kongkong dan dijajah,

Kesunyian  menyelubungi dan meresapi ke segenap pelusok kota ,amat menakutkan.

 

Kelmarin berlalu..sepantas kilat.

Bila perang reda...pelarian kembali membangun kota... di tempat asalnya.

Menyatukan Wakaf,Berahak,Ramong,Lada,Beraol,Sungai Tok Gali..

Juga Dusun Berlaga, meliputi timur, barat , utara dan selatan.

Kampung Surao,Kampong Baru bersatu hati dan tenaga,

Berpadu menjadi satu...PUJUD...nama asal yang dipusakai.

Di tapak asal yang jitu ini... kehidupan terbina menjadi penempatan baru.

Masyarakat disusun,kampung diubah,Kamnan pertama dilantik.

Seorang pemuda yang berpengaruh dari Kampung Kopak, Nik Mat Nik Senik,

Diangkat memimpin masyarakat.

Dikala itu...kehidupan menjadi aman makmur,rakyat riang gembira.

Dengan gelanggang judi,berlaga lembu,menyabung ayam..

Termasuk juga  sarang  gerombolan samsing ternama.

Namun beliau sebaliknya,menghantar anak tunggalnya yang pintar itu bersekolah di Bandar Patani,

Di ketika  masyarakat masih diselimuti kegelapan.

 

Aduhai sayangnya..kejayaan banyak diuji,..... apabila beliau meninggal pergi.

Anak cucu,harta pusaka tercicir dan bertaburan.

Tapi Amal Jariah terbesar di bumi Pujud...terdirinya sebuah Masjid pertama,

Hasil dari sumbangan beliau yang tidak ternilai.

Terbinalah Masjid kekal pertama..menggantikan Surau Pujud.

 

Pemergian Kamnan pertama,disusuli lantikan oleh generasi kedua,

Menyerah tampuk kepada Encik Usman Bualuang.

Dari keturunan anak cucu tawanan perang Krisek,ketika Patani tewas..

Kembali ke tanah air menggalas tanggung jawab perjuangan.

Dengan penuh tekad,kerjasama dan kasih sayang,

Kalangan generasi baru terus mengorak langkah.

Pemimpin,Imam , cerdik pandai dan Ulama..bersatu tenaga menyatu  impian.

Maka tertubuhlah sekolah-sekolah Pujud,Ramong,Berahak..

Sebagai tapak semaian..agar generasi mendatang dapat belajar seiring zaman.

Ada pusat pembelajaran Al-Quraan dibimbing Qari ternama, Tok Ayah Eil (Ismail) Sekam.

Juga dua buah Pondok, Pondok Baba Abdurrahman Beraol dan Pondok Baba Ahmad Dusun Berlaga.

Masyarakat yang sudah serasi dengan cara hidup lama,kembali beransur berubah.

Ramai pendatang keluar masuk,berkahwin ....menetap bersama.

Namun,Kamnan,Neban, Ulama dan juga Imam Pak Ku Hassan tetap menjadi tonggak.

Menghimpun warga tua berpadu menjadi satu.

Mengukuhkan asas pemikiran masyarakat.

 

Generasi ketiga anak Pujud melonjakkan taraf... melalui pelajaran.

Ada guru pendidik Almarhum Kru Abang Soh,juga Kru Kakwae Yah.

Memantapkan asas pendidikan..langkahnya perlahan,tetapi... kemas dan rapi.

Terhasil ratusan anak yang tekun dan cemerlang dalam pelajaran.

Bersemangat mengatur langkah demi langkah..disusuli pula generasi seterusnya.

 

Generasi ke empat terus meningkat, menuruti jejak abang terdahulu.

Menuntut ilmu pengetahuan dan juga agama seiringan, tidak diabaikan.

Bila  berjaya, menyandang jawatan di segenap bidang...menjadi sanjungan.

 

Kemudian,lahir pula generasi ke lima.

Menjejaki langkah abang ,ketika zaman gemilang,ramai cemerlang dan terbilang.

Tapi sayangnya,langkah terjejas dek kesilapan mengurus massa rakyat.

Kepimpinan bertukar, halatuju berubah.

Encik Usman Hayo, menjadi Kamnan di tengah-tengah cabaran kemodenan.

Budaya urus tadbir memasuki era merebaknya  demokrasi niaga.

Nilai murni  asalnya ditinggalkan..dirasakan bagai duri ranjau.

Zaman nafsu-nafsi, aku bijak, aku kaya, aku  pandai segalanya.

Kamu yang miskin,fakir,hidup terlantar,susah,, semuanya urusan kau.

Tunduk dan pasrahlah kepada Taqdir, bukanlah urusan ku.

Masing-masing fikir...berlepas tangan. .....tidak peduli,mementingkan diri .

Betapa banyak kejayaan dianugerahkan Allah..juga kegagalan..semuanya adalah ujian.

 

Disaat ini...

Setelah 30 tahun berlalu.

Satu generasi rakyat , mengharungi hidup dalam  kegelapan.

Masing-masing berlari,masing-masing mencari...dimanakah...masyarakat Pujud yang hakiki..?

Ramai kalangan warga tua sudah lama pergi.

Ikatan yang baik,kesatuan masyarakat yang jitu... telah dinodai.

Politik urusniaga meresapi ke celah-celah kehidupan .

Membahagi puak dan suku sakat..dipukul angin hingga tersesat..tidak temui  jalan pulang.

 

Di hari ini, kehidupan masih ada,masih diteruskan.

Di hari esok... kearah manakah Masyarakat Pujud akan mengatur langkah?

Anak-anak Pujud gererasi ke 6..7..8..9..10...20..dan seterusnya.

Hidup terumbang-ambing,melayang-layang ditiup angin.

Atau masing-masing berjalan,masing-masing berlari lompat sesuka hati?

Ada yang bertatih,rebah bangun,buta meraba..hilang punca.

Itu adalah Amanah...  semua warga Pujud harus mencari jawapan.

Atau akan hanya melepas tangan,memekak membisu tidak peduli?

Cucu cicit kita masa kini ramai yang handal dan ternama.

Hingga mampu mencapai bulan,bintang dan matahari...menghiasi diri.

Atau relakah membiar dan meniggalkan ibu pertiwi sendiri?

Atau terus melupakan dan tidak peduli asal akar dari rumpun yang satu?

 

Nenek moyang terdahulu..bersama berpenat lelah mengukuhkan asas.

 Bumi nan berkat dan indah ini...belum lagi hilang terbang ditiup angin lalu.

Mari bersama menangkis... budaya fana baru yang  melanda.

Saling membangkitkan  semangat.... dikalangan anggota masyarakat.

Saling berfikir,menjaga dan merempuh rintangan... ke mercu impian.

Agar dalam masyarakat ini...persaudaraan kembali bertaut dan bersatu seperti dahulu.

 Membimbing generasi kini dan seterusnya...mengecapi nikmat dan nilai kehidupan bersama.

Masyarakat Pujud akan berdiri megah ,bermaruah...menghargai nilai keilmuan..

Menjadi sebutan di serata alam.

 

Keunggulannya  diakui dan disanjung tinggi...sebanding generasi yang telah pergi.

Dilimpahi Rahmat dari  Yang Maha Khaliq...sejak dari dahulu... kini...esok..dan sehingga..

Selama-lamanya.... kekal abadi ke akhirat.....  yang jauh disana.

 

Ameen,Ya Rabbal Aalameen.

 

Wallahu A’alam.

 

PESANAN SEORANG TUA PUJUD DI MASA LALU :

"SESUNGGUHNYA KEWUJUDAN KITA HANYALAH KERANA LIMPAHAN RAHMAT ALLAH SEMATA-MATA.  NAMUN  TERLALU BANYAK KELEMAHAN KITA TERHADAP DIRI SENDIRI,TERHADAP MASYARAKAT , TERHADAP UMMAH..DAN YANG PALING UTAMA .....TERHADAP AGAMA.

HANYA SATU PERKARA SAHAJA YANG MAMPU MENGANGKAT DARJAT DAN MARUAH DIRI IAITU PENDIDIKAN

Tiada sebarang harta benda yang dapat diberikan oleh ibu bapa kamu sebagai pusaka peninggalan mereka melainkan  PENDIDIKAN ,yang harus kamu berusaha mendapatkannya,berpegang teguh dengannya dan terus menempuh untuknya hingga sampai ke matelamat"

INSYAALLAH...SAYA AKAN BERDOA BERSAMA ANDA SAMPAI KEAKHIRNYA

 

Karya asal: Allahyarham Ahmadsomboon Bualuang dari PUJUD ,Patani.

Terjemahan : Abu Hafez Al-Hakim - dari luar pagar Patani.

14 Rabiul Akhir 1436H/ 4 Febuari 2015M.

 

 

 

File attachment
Attachment Size
mediadiscourse_samatcha.pdf (2.65 MB) 2.65 MB