BERSANGKA BAIK USAHA BANGSA SENDIRI

BANGSA MELAYU PATANI adalah bangsa yang merdeka dan berdaulat. Bangsa yang mempunyai sejarah bahasa dan budayanya yang tersendiri. Bangsa yang dikenali sebagai Bangsa PERTUANAN Melayu Patani. Bangsa yang menegak kebenaran dan menetang penjajahan. Bangsa yang cinta damai, tapi lebeh mencintai kemerdekaan. Bangsa yang menyeru kepada Amar Makrup dan Nahi Mungkar. Bangsa yang bersangka baik atas usaha-usaha kebaikan yang dianjurkan oleh bangsanya sendiri. Bukan itu sahaja, bangsa melayu Patani juga dituntut untuk saling menghormati perbezaan pandangan dan pendapat didalam bingkai Amanah Rakyat Patani Terjajah (Fardhu Ain). 

Asas palsapah ”BERSANGKA BAIK USAHA BANGSA SENDIRI” yang ber-etika ini telah diamalkan sejak turun temurun lagi, bukannya kerana usaha seseorang itu lebeh baik daripada usaha orang lain, tetapi kerana Islam mewarnai budaya Melayu Patani hidup secara sederhana sebagai etika bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. bila ada, dua orang atau lebeh yang bersuara dan mengeluarkan pendapat dan pendaangan, secara bersama dianggap satu kemajuan berfikir dalam bingkai bangsa terjajah. Kerana semuanya berfikir kearah yang satu untuk membangun meruah bangsa sendiri. Perbezaan hanya cara pendekatan untuk mencapai targetnya sahaja, namun dalam masa yang sama semua pihak memiliki jati diri kebangsaan yang satu. Peranan dan tanggungjawab rakyat Patani masing-masing wajib bangkit menentang penjajahan bangsa asing dibumi Patani. Atas persefahaman dan pendekatan ini, rakyat Patani rela mengurbankan harta benda, jiwa dan raga mereka kepada perjuangan pembebasan Patani, tanpa ragu-ragu lagi. 

Namun begitu, apa yang berlaku dalam masyarakat bangsa kita dihari ini disebaliknya. Untuk memahami palsapah ini, kita harus bijak membezakan antara perbezaan pendapat (ikhtilaf) dengan berpecah belah (tafarruq). Perbezaan pendapat adalah perbezaan pendangan dalam bingkai membangun bangsa yang satu. Namun perbezaan tersebut adalah untuk mencari resolusi terbaik, seperti yang di tuntut oleh Islam, iaitu perbezaan pada hal-hal yang bersifat furuk sahaja (cabang), bukan ushul (pokok). Sementara berpecah belah pula adalah perbezaan pendapat dan pandangan untuk kepentingan diri sendiri diluar bingkai amanah rakyat Patan terjajah, menghalalkan segala cara untuk memecah belahkan rakyat Patani dengan argumen yang dibawanya. 

Firman Allah SWT, yang bermaksud: ”Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak di-ingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (QS: al-Hujuraat, ayat 6)

Seruan untuk bersatu padu yang diusahakan oleh bangsa sendiri, jangan dianggap remeh. Baik secara lansung atau tidak lansung, kerana sikap tidak menghargai usaha sebangsa itu adalah dianggap menghina usaha bangsa sendiri. Sikap ini secara tidak lansung telah mengkhianati amanah rakyat terjajah dan dengan secara lansung membantu polisi penjajah ”Pecah dan perintah” (Divide and Rule). Sampai bilakah kita mau menipu diri sendiri, hidup dibawah pertunjuk penjajah di negara sendiri?

”Amanah rakyat Patani terjajah”, tidaklah semata-mata bersangka baik terhadap usaha anggota ormas dan ropol pihak-pihak tertentu sahaja, tetapi lebih mendalam lagi ialah usaha rakyat Patani seluruhnya, atau dalam perkataan lain ialah kasih kepada bangsa sendiri, kerana Allah SWT. 

Menyedari hakikat itu, tentu sekali kita masti menghargai usaha dan jasa yang dibuat oleh bangsa sendiri, terutama terhadap hak rakyat terjajah untuk menentukan nasib sendiri. Kitalah perlu bersatu mengubah nasib kita untuk hidup mulia di negara sendiri. Dengan demian bersedialah kita membuka mata, telinga, hati dan fikiran untuk berfikir secara tulus, adil dan bertanggungjawab, untuk berubah menjadi bangsa yang bersatu, berjuang dan merdeka. Pada waktu yang sama pengaruh individu, ormas dan orpol yang pro penjajah akan tersisih dengan sendirinya dari rakyat Patani. Rakyat Patani Bersatu bukan atas paksaan yang didalangi pengapu penjajah yang ingin mencari kekayaan, pangkat, kedudukan dan kemuliaan keturunan.

Kesimpulan 

Pertama. Rakyat Patani wajib membuang sifat-sifat yang negatif yang dilarang oleh Islam. kedua. Rakyat Patani harus bersifat positif, penting untuk menunjang keberhasilan usaha sendiri . Ketiga. Rakyat Patani hurus dapat membezakan antara perbezaan pendapat dengan berpecah belah. Ke-empat. Rakyat Patani harus dapat mengenal yang mana individu, ormas dan orpol yang pro kemerdekaan Patani dan yang mana individu, ormas dan orpol yang pro penjajah. Kelima. Rakyat Patani harus menghayati palsapah BERSANGKA BAIK USAHA BANGSA SENDIRI sebagai etika budaya kebangsaan ”Berat sama dipikul dan ringan sama di jinjing”. Dan ke-enam. Rakyat Patani harus mengubah nasibnya sendiri, kerana sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, (QS. Al-Anfal: 53)