Skip to main content
 
Ibarat pepatah, lepas dari mulut harimau lalu masuk ke mulut buaya. Begitu kira-kira nasib para pelarian warga etnik minoriti Rohingya saat ini. Melarikan diri dari ancaman dan diskriminasi sektarian di tanah asal, Myanmar, tak lantas membuat mereka selamat. Bahkan, ketika menyeberang ke negeri orang, mereka masih harus bertaruh nyawa.
 
Penemuan 26 mayat etnik Rohingya dari 32 kubur beramai-ramai yang digali di sebuah kem perdagangan manusia di daerah Sadao, wilayah Songkhla, Thailand Selatan, yang disusuli penemuan berikut ratusan kem dan kubur massa tergempar masyarakat dunia.
 
Pada tarikh 22 Julai, surat khabar South China Morning Post melaporkan bahawa 18 Muslimah dan anak-anak Rohingya telah melarikan diri perlindungan pelarian Phang Nga di Phuket, Thailand, menuju Malaysia. Keadaan di kem-kem pelarian Thailand yang melebihi kapasiti ini digambarkan lebih dahsyat daripada penjara Thailand. Salah satu pelarian yang melarikan diri dilaporkan sedang mengandung.
 
Sehari sebelumnya, Phuketwan melaporkan bahawa mereka tidak mungkin dapat melarikan diri tanpa bantuan pelaku perdagangan manusia (human trafficking); hal ini menimbulkan kebimbangan bahawa para perempuan boleh menjadi mangsa sindiket perdagangan manusia. Pepatah Melayu, yakni keluar dari mulut buaya masuk ke mulut harimau - sangat tepat untuk menggambarkan penderitaan kaum etnik Rohingya, yang terus berlanjut tanpa akhir di negara-negara yang baru mereka datangi untuk mencari perlindungan, termasuk di Thailand dimana mereka telah menjadi mangsa perdagangan manusia dan penganiayaan oleh kerajaan Thailand. Walaupun ada beberapa laporan bahawa polis Thailand telah terlibat dalam perdagangan perempuan Rohingya dari kem-kem pelarian.
 
Tidak sedikit dari etnik Rohingya terperangkap perangkap pelaku dan sindiket perdagangan manusia. Para penjenayah terancang itu tak segan-segan menyakiti, bahkan membunuh, para korban demi mendapatkan wang tebusan.
 
Sindiket perdagangan manusia tak segan bertindak kejam demi menjamin kesinambungan perniagaan haram tersebut. Keadaan itu semakin diburukkan lagi dengan sikap acuh tak acuh negara setempat akan nasib para pelarian Rohingya tersebut.
 
Dalam penyiasatan stesen televisyen BBC, beberapa waktu lalu terungkap, banyak pegawai aparat keamanan, baik polis mahupun tentera, ikut terlibat. Dalam liputan itu diketahui, pengawai keselamatan asal Thailand ikut andil terlibat menyeludup para warga pelarian Rohingya dari kawasan sempadan Thailand Selatan untuk masuk ke Malaysia.
 
Para pelarian Rohingya perlu membayar sehingga 200 dolar AS untuk sampai ke Malaysia kepada pedagang manusia. Mereka lalu dibawa dengan kapal yang penuh sesak, sering tanpa makanan dan minuman. Mereka biasanya dibawa lebih dulu ke kem-kem pengawasan gelap di Thailand dan diperlakukan seperti budak.
 
Sementara dalam konteks Malaysia, pengawai polis kerap terkesan menutup mata dan enggan bersikap serius terhadap aduan berkaitan warga Rohingya.
 
Setiap tahun, beribu-ribu pelarian Rohingya asal Myanmar dan pencari suaka asal Bangladesh berlayar menuju Malaysia dan Indonesia dengan kapal-kapal dari sindiket perdagangan manusia. Dalam tiga bulan pertama 2015, PBB menganggarkan ada 25,000 pelarian yang berangkat, kebanyakan dari kem-kem gelap di Thailand.
 
Penderitaan tak henti etnik Rohingya menunjukkan kegagalan tata dunia liberal-kapitalis dalam menyelesaikan masalah ini. Myanmar menganggap warga Rohingya sebagai pendatang haram dari Bangladesh dan menolak memberi mereka status warga negara, sekalipun mereka telah tinggal puluhan tahun di negara itu. Banyak warga Rohingya melihat pengungsian sebagai satu-satunya jalan untuk mendapat suaka politik di tempat lain. Tujuan akhir mereka adalah Australia.
 
Tata dunia hari ini yang memuja demokrasi dan sistem negarabangsa terbukti telah mengaborsi rasa kemanusiaan para penguasa etnik untuk menolong kaum lemah dan berjaya membutakan mata mereka akan salah satu kezaliman kemanusiaan terbesar abad ini.
 
Sistem dunia yang penuh standard ganda ini, meninggalkan hanya usaha-usaha kerjasama serantau yang lemah seperti ASEAN dan dialog basa-basi yang sama sekali mandul dalam menyelesaikan tragedi etnik Rohingya. Para penguasa Bangladesh, Malaysia dan Indonesia telah mendehumanisasi ratusan ribu etnik Rohingya.
 
Oleh penguasa seagama Rohingya hanya dianggap mereka hanya sebagai pelarian yang membebankan, membiarkan mereka hidup terkatung-katung dan diniagakan oleh sindiket perdagangan manusia, hal ini tidaklah mengerankan kerana para penguasa ini sebenarnya adalah penguasa boneka hasil pengeluaran Kapitalisme sekular.
 
Melihat keadaan semua ini, masyarakat antarabangsa dan masyarakat muslim hanya diam dan menonton, sambil tetap meneruskan hubungan persahabatan dan ekonomi mereka dengan rejim Burma penindas. Atau sekadar menawarkan penyelesaian tumpul yang dangkal seperti meletakkan masyarakat Rohingya di kem-kem dan tempat perlindungan di mana mereka terus hidup sebagai orang-orang yang tanpa kewarganegaraan (stateless), dengan hak-hak asas dan kehidupan yang bermaruah mereka telah dirampas. Hal ini menggambarkan bahawa tatanan dunia saat ini, yang didominasi oleh sistem negara-bangsa yang kapitalis, sekular, dan demokratik, tidak memberi perhatian terhadap kesejahteraan masyarakat Rohingya atau terhadap penderitaan manusia, sebaliknya lebih memilih untuk melindungi kepentingan ekonomi dan politik.
 
Kita berharap masyarakat antarabangsa dan masyarakat Negara Islam perlu segera adakan resolusi penderitaan dari etnik Rohingya, melalui perundingan bersama dan usaha kolektif antara semua kerajaan masyarakat dunia berdasarkan keadilan dan hak-hak sah rakyat.
Tentang pelarian dan pekerja asing untuk mengesahkan Konvensyen 1951 Berkaitan dengan Status Pelarian, Protokol 1967 syarikat, 1954 Konvensyen Mengenai Status Orang Tanpa negara, Konvensyen 1961 mengenai Pengurangan Kewarganegaraan dan Konvensyen Antarabangsa tahun 1990 Perlindungan Hak Semua Pekerja Migran dan Ahli Keluarganya.
 
Hatta, Asia Tenggara selama beberapa tahun terakhir terus menjadi salah satu kawasan transit pelarian, dicetuskan oleh konflik dan penindasan di beberapa tempat. Di kawasan Asia Pasifik dianggarkan ada kira-kira 11.7 juta pelarian yang jadi mangsa sindiket perdagangan manusia, terutama di kawasan Mekong Besar, Kemboja, China, Laos, Myanmar, Thailand dan Vietnam.
 
Sementara, Suruhanjaya Tinggi Urusan Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) di Malaysia, Juru bicara wakil UNHCR di Malaysia, Yante Ismail, mengakui menerima sejumlah laporan ada penyiksaan, intimidasi, dan eksploitasi terhadap pelarian Rohingya.