Skip to main content

PENGENALAN

Simposium Warisan Melayu Kelantan-Patani dengan tema “MEMAKNAI KESERUMPUNAN WARISAN, SENI DAN BUDAYA BANGSA” dianjurkan bagi membincangkan secara kolektif  dikalangan ahli akademik, budayawan dan cendekiawan mengenai identiti warisan bahasa, sastera, kebudayaan dan seni ukiran tradisional Melayu dalam korpus Kelantan-Patani dari sudut perkembangannya di timur laut dan dunia Melayu. Perbincangan ini akan melihat bagaimana identiti warisan, seni dan budaya di kedua-dua lokasi terbentuk dan akhirnya mengalami perubahan pada era moden.

Bahasa, sastera kebudayaan dan warisan tradisional Melayu Kelantan-Patani merupakan komponen yang menunjangi akar keutuhan bangsa di nusantara. Identiti bangsa Melayu merupakan jelmaan pada ketinggian bahasanya, kelangsungan sastera, keunikan budaya, dan keindahan warisan turun temurun. Komponen ini membawa segala yang tersurat dan tersirat mengenai kelanjutan kehidupan sesuatu bangsa berbentuk material atau non-material,bersifat jasmaniah atau rohaniah.

Simposium ini akan membincangkan dengan lebih lanjut mengenai rentetan sejarah empayar Melayu Langkasuka sehingga terpecah pada dua negeri lalu membentuk politik pemerintahan, pengaruh serta identiti tersendiri yang melatari titik keserumpunan pada khazanah warisan,seni dan budaya bangsanya. 

 

2.0 OBJEKTIF SIMPOSIUM

2.1 Memahami realiti sejarah terdahulu ke arah mengekalkan jati diri dan identiti warisan bangsa dan agama.

2.2 Memperkembangkan dan memajukan bahasa, sastera, kebudayaan dan warisan Melayu secara tuntas.

2.3 Mempertahankan keaslian, warisan, kebudayaan dan kesenian Melayu mendepani era globalisasi.

2.4 Mengembangkan bidang kebudayaan ,warisan dan kesenian Melayu dalam segmen inovasi teknologi media baru.

2.5 Mengekalkan identiti keserumpunan masyarakat Melayu Kelantan dan Patani agar menjadi tunjang kekuatan bangsa

 

Aturcara : 25 Mei 2017

08.00 – 08.30  : Pendaftaran Peserta Simposium

08.30 – 08.45 : Kehadiran dif-dif jemputan

09.00 – 09.10  : Ucapan aluan Pengarah Program

09.10 – 09.30 : Ucapan perasmian oleh YBrs En.Mohd Shukri Bin Mohd Isa, Pengarah Jabatan Warisan Negara Zon Timur.

09.30 – 10.20 : Ucaptama “Warisan Pusaka Yang Hilang” oleh : YM Dr Fadzillah Bt Hussin, Yang Dipertua Pertubuhan Keturunan Paduka Raja Cik Siti Wan Kembang Malaysia (PKPRCSWKM)

10.20 – 10.30 : Persembahan Deklamasi Sajak “Patani Nusantara” oleh Abdullah Wan Ahmad

10.30 – 10.35 : Penyampaian cenderahati

10.35 – 11.30 Minum pagi

11.30 – 12.10 : Pembentangan Makalah 1, “Pendedahan Konservasi Seni Bina : identiti Warisan Budaya Kelantan Dan Patani Nusantara” oleh : Puan Shahariah Norain Bt Shaharudin, Pensyarah Fakulti Teknologi Kreatif Dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan.

12.10 – 13.00 : Pembentangan Makalah 2, “Motif Langkasuka Dalam Seni Ukir Melayu Tradisional” oleh : Puan Hjh Rosnawati Othman, Pengarah Akademi Nik Rashiddin.

13.00 – 13.15 : Sesi Soal Jawab dan Penyampaian Cenderahati

13.15 – 14.15 Makan tengah hari dan solat

14.15 – 15.00 : Pembentangan Makalah 3 “Ulama Dan Penentangan Terhadap British Di Kelantan” oleh : Dr.Farid Mat Zain, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

15.00 – 15.40 : Pembentangan Makalah 4 “Tradisi Pantai Timur : Seni Hias Manuskrip Maulid di Muzium Kelantan” oleh : Mohd Zahamri Nizar, Persatuan Pengkarya Seni Kuala Lumpur Dan Selangor.

15.40 – 15.55 : Sesi Soal Jawab

15.55 – 16.35 : Sesi Forum “Memaknai Keserumpunan Warisan, Seni Dan Budaya Bangsa” dengan panelis Siri Neng Buah, Mantan Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Husnee Dolohlee dari Pusat Perkembangan Kebudayaan Islam (PUKIS). Moderator dikendalikan oleh En.Mohd Miqdad Aswad Bin Ahmad dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang.

16.35 – 16.40 : Penyampaian Cenderahati

16.40 – 16.50 : Ucapan Penutup Dan Pengumuman Resolusi Simposium oleh wakil penganjur.

16.50               : Minum petang dan majlis bersurai