PSU Pattani akan mengadakan persidangan akademik antarabangsa untuk peralihan konflik secara damai.

Prince of Songkla University campus Pattani (PSU.Pattani) dan badan jaringan akan mengadakan persidangan besar peringkat antarabangsa, pada tanggal 24-25 january 2017 ini, bertujuan untuk menggabungkan materi keilmuan di dalam menagangani masalah konflik secara damai, dan cara berinfomasi di dalam menyelesaikan pertelingkahan, demi untuk menjana jaringan antara para intelektual di dalam dan di luar negara.

Prof.Dr.Srisompop Jitpiromsri, pengarah pusat penyelidikan konflik dan kepelbagaian kebudayaan sempadan selatan PSU campus Pattani berkata, pada masa 2-3 tahun yang lepas, terdapat bahawa, peralihan keadaan konflik di rantau asia ini, sangat luar biasa, contohnya seperti di Nepal, Aceh (Indonesia) atau Mindanao (Filipina) dan juga di negara Myanmar.

Sebagai kawasan yang di sebut tadi, telah menggambarkan bahawa, proses di era peralihan keadaan politik, perlu mengambil masa yang cukup lama dan pasti mengalami ketegangan dan juga jalan yang buntu, tak kecuali konflik yang sedang bergolak di kawasan wilayah sempadan selatan Thai ini, namun amat sayang sekali, apabila kemajuan ini telah dikaburkan oleh suasana konflik yang masih tegang lagi kompleks, oleh kerana pencetusan gerakan yang melampau yang semakin tersebar luas seluruh dunia, dan juga keadaan democracy di rata-rata benua yang semakin pudar dan mundur.

Perkara yang akan dibahaskan adalah, tentang pembangunan kekuatan politik dan penafian kekerasan dan untuk melenyapkan penindasan di peringkat dasar dan kekerasan yang berpanjangan. Dan akan mencari jalan saluran untuk berkomunikasi di tengah keadaan yang tidaka aman yang lebih berkesan.

Prof.Dr.Srisompop Jitpiromsri berkata lagi, oleh dimakian pihak kami dan persekuan jaringan PSU Pattani ini, yang terdiri dari Fakulti Sains Komunikasi, Fakulti Sains Politik, Fakulti Pengurusan, Institut Peace Stady dan Pusat Penyelidikan Konflik dan kepelbagaian kebudayaan sempadan selatan PSU campus Pattani bersama Pusat Pemantauan Keadaan Sempadan Selatan (Deep South Watch) dan juga Pusat Perkongsian Sumberdaya kedamaian, telah menetapkan forum persidangan yabg bertajuk “Peralihan Politik secara damai dan cara berkomunikasi, di tengah suasana yang tidak aman” yang akan di jadualkan pada tanggal 24-25 january 2017, bertempat di bangunan Fakulti Sains Komunikasi PSU Pattani.

Untuk mencari solusi dan faktur-faktur apakah yang akan membuat supaya gerakan bersenjata itu dapat mengubah strategy perjuangan mereka daripada cara bersenjata kepada cara damai?, atau bagaimanakah untuk menghentikan pergolakan antada dua pihak yang amat keras itu?, dan sejauh manakah peranan berkomunikasi di dalam proses damai? dan bagaimanakah persiapan di dalam menuju kepada era peralihan konflik ini.

Persidangan pada kali ini, adalah kesinambungan daripada persidangan antarabangsa yang telah di adakan pada tahun yang lepas yang berjudul “Komunikasi, Konflik dan Proses Damai” pada 21 hingga 22 Ogos 2014 bertempat di PSU Pattani.

Dan berkenaan dengan persidangan antarabangsa yang akan di laksanakan pada tanggal 24-25 january 2017 ini, pihak berkenaan sedang menerima pendaftaran dari peminat setiap lapisan masyarakat, yang ingin menyertai di dalam persidangan tersebut, dan dapat mendaftarkan diri melalui website www.pnc2017.com dan dapat mengikuti maklumat selanjutnya di halaman page facebook PNC 2017.

อ่านข่าวภาษาไทย

ม.อ.ปัตตานีระดมนักวิชาการจัดประชุมวิชาการนานาชาติ เปลี่ยนผ่านความขัดแย้งสู่สันติสุขด้วยสันติวิธี