Media bahasa Melayu pemangkin kedamaian

Pada 100 tahun yang lalu, semua kamung di Wilayah Setul menggunakan bahasa Melayu. Kini tinggal kira-kira 13 buah kampung sahaja yang masih berbahasa Melayu. Walaupun bahasa Melayu sudah mejadi bahasa antarabangsa, tetapi penggunaan bahasa di Patani semakin berkurangan. Kerajaan juga disarankan agar lebih serius dalam usaha meningkatkan taraf bahasa Melayu, kerana isu bahasa Melayu merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pergolakan di Patani.  Pengarah SBPAC Thawee Sotsorng juga memetik ucapan bekas Perdana Menteri yang berbunyi ‘Jangan berbohong bahawa mereka itu orang Thai, kerana sebenarnya mereka ialah orang Melayu’. 

  
“Jangan berbohong bahawa mreka ialah orang Thai”
 
“Tidak perlu dipersoalkan lagi, kerana kita sudah berbohong bahawa mereka ialah orang Thai, sedangkan pada hakikatnya mereka ialah orang Melayu.  Masalahnya ada pada kita, kerana kitalah yang menipukan mereka selama ini.
 
“Kini kita harus menyokong kemelayuannya, dengan mengekalkan jati dirinya sebagi bangsa Melayu. Kita perlu melayan mereka sama seperti orang Thai yang beragama Buddha yang tinggal di Patani.”
 
Kata-kata ini dipetik daripada ucapan yang disampaikan oleh Kekrit Pramot, bekas Perdana Menteri Thailand, di Maktab Perguruan Yala (sekarang Universiti Rajabath Yala) pada 1 Februari 1976, dan disampaikan semula oleh Tawee Sodsong, Setiausaha Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) dalam forum ilmiah “Bahasa Melayu Dalam Era Proses Damai” pada 24 September 2013 di Hotel CS Patani.
 
Tawi Sodsong memetik kata-kata bekas Perdana Menteri tersebut keran kerap kali ditanya bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah pergolakan di Patnai.
 
Secara peribadi, Thawee berkata, beliau anggap kawasan ini sebagai kawasan konflik, dan jalan penyelesaian bagi konflik ini hanya satu sahaja, iaitu memberi ruangan kepada semua orang tempatan untuk mengambil bahagian dalam penyelesaian, baik orang Melayu Muslim atau orang Thai Buddha. 
 
“Oleh yang demikian, kehendak penduduk tempatan harus diutamakan, dan penduduk tempatanlah yang harus memainkan utama dalam penyelesaian masalah.
 
Bilangan pengguna bahasa Melayu di Patani semakin berkurangan
 
Hara Shintaro, pensyarah bahasa Melayu di Universiti Prince of Songkla (PSU) Kampus Pattani, berkata, beliau mengajar bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa, sama seperti bahasa Inggeris.
 
Shintaro juga berkata, menurut pengalamannya dalam menyertai rancangan radio “Dunia Hari Ini” melalui Stesen Radio Media Selatan, para pendengar yang menelefon (phone in) dalam rancangan tersebut kebanyakannya sudah berusia 50 tahun ke atas. Mereka boleh menggunakan bahasa Melayu dengan baik, tetapi mereka yang usianya kurang daripada 40 tahun sudah tidak dapat menyampaikan buah fikirannya dalam bahasa Melayu dengan sempurna. 
 
Apa yang membimbangkan ialah kebanyakan para remaja di kawasan bandar, terutamanya wanita, lebih gemar menggunakan bahasa Thai daripada bahasa Melayu.
 
Menurut Shintaro lagi, pada zaman dulu orang-orang Melayu di Wialayah Singgora dan Wilayah Setul menggunakan bahasa Melayu, tetapi didapati bahawa penggunaannya semakin menurun, terutamanya di Wialayh Setul, kerana pada 100 tahun yang lalu, semua kampung di wilayah tersebut berbahasa Melayu, tetapi kini hanya tinggal 13 buah kampung sahaja yang masih berbahasa Melayu.
 
Media sebagai lambang jati diri membina perdamaian
 
Muhammad Ahmad, ahli jawatankuasa Yayasan Kebudayaan Islam Selatan berkata, kerajaan harus memberikan sokongan yang serius supaya orang Melayu Patani dapat menggunakan bahasa Melayu, kerana peluasan bidang penggunaan bahasa Melayu merupakan salah satu syarat yang amat mustahak dalam menyelesaikan masalah pergolakan di Patani. Jika kerajaan Thai berfikiran sempit, bagaimanakah kita dapat membina kedamaian yang berkekalan?  
 
Menurut Muhammad lagi, kini peluang bagi orang tempatan untuk menggunakan bahasa Melayu semakin terbuka luas. Persoalannya ialah bagaimanakah kita memanfaatkan peluang ini untuk mebina jati diri orang Melayu Patani. Salah satu caranya ialah dengan menghasilkan media cetak bahasa Melayu, kerana media cetak dapat meningkatkan taraf bahasa Melayu daripada sekadar bahasa percakapan kepada bahasa tulisan. Walau bagaimanapun, pada masa ini penghasilan media cetak bahasa Melayu masih berada pada tahap latihan.
 
Bahasa Melayu yang digunakan di Patani, terutamanya yang digunakan dalam sekolah tadika adalah bahasa Melayu dailek Patani, yang tidak dapat difahami oleh masyarakat Malaysia dan Indonesia. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab bagi semua orang Melayu Patani untuk menyelesaikan masalah tersebut.
 
Perlu ada media cetak dan media elektronik
Muhammad Nawawi Mama, pensyarah bahasa Melayu di Universiti Rajabath Yala berkata, media cetak bahasa Melayu tempatan seperti akhbar Sinaran dan akhbar Fokus Rumi tidak sampai kepada masyarakat awam. Persoalannya bagaimanakah kita dapat menyampaikan media cetak ini kepada mereka, kerana media cetak bahasa Melayu dapat menghidupkan kembali suasana penggunaan bahasa Melayu semula.
 
Menurut Muhammad Nawawi, satu lagi cabang media yang berperanan penting, dan mudah disampaikan kepada rakyat awam sekali gus memartabatkan bahasa Melayu ialah televisyen.  
 
Selain itu, kita harus pastikan bahawa adanya pasaran kerja bagi para graduan jurusan bahasa Melayu yang jumlahnya semakin banyak, supaya mereka lebih bermotivasi dalam pelajarannya.
 
Media Harus Mengerti Proses Damai
 
          Tuan Daniya Meringing, wartawan tempatan, berkata, bukan semua orang yang berbahasa Melayu dengan baik boleh menjadi juruhebah yang baik, terutama juruhebah yang dapat mengendalikan sebuah rancangan radio di tengah-tengah keadaan konflik. Mereka juga memerlukan keberanian serta kefahaman yang jelas mengenai proses damai, kerana perdamain merupakan perkara yang baru. Pengendali rancangan juga mesti sentiasa mencari maklumat dari semasa ke semasa.
 
อ่านข่าวที่เกี่ยวข้อง
          

การต่อสู้ของภาษามลายู จากยุคหะยีสุหลงถึงประชาคมอาเซียนและจุดเริ่มต้นของกระบวนการสันติภาพ

มลายูปาตานีภาษาที่อ่อนกำลังเวทีวิชาการแนะเติมเต็ม พลวัตรที่ขาดหาย