“Cha Cho Tuak Tal Kelapa Muda” Resepi Juadah Berbuka Puasa

Boleh dikatakan semua bahagian daripada pokok Tal atau kelapa laut boleh memberi faedah kepada masyarakat tempatan di selatan Thailand. Buah tal boleh di makan segar, di sira dan di blend untuk jadi jus yang menyegarkan kepada peminumnya.

Selain itu, tuak pula boleh di minum. Ia menjadi minuman utama ketika berbuaka puasa.

Yang istimewanya tuak tal boleh menjadi campuran utama kepada “Bubur Cha Cho” juadah tradisi penduduk di selatan Thailand khasnya di wilayah Pattani.

Ramuan “Bubur Cha Cho Kelapa Muda” ialah kapur, tepung beras, pati untuk melembutkan tepung , gula , tuak tal dan kelapa muda.

“tiga liter tuak tal, sebutir setengah kelapa muda, sepuluh kilogram gula untuk menambahkan kemanisan kepada bubur chacho dan yang paling unik ialah tidak masukan pewarna warna gelap adalah campuran daripada tuak tal dengan kelapa menjadikan warna hitam” kata Pattama Samen.

Pattama Same nada pengusaha muda yang mulai membuat ChaCho sejak tiga tahun lepas pulang dari Malaysia. Sebelum ini bubur ChaCho telah diusahakan oleh ibu dan ayahnya lebih tiga dekad.

Kata Pattama dia akan buat satu kawah sehari, pada bulan lain tetapi pada bulan puasa permintaan mencecah sampai tujuh-lapan kawah sehari.

“pada 10 hari kahir Ramadan khasnya pada malam 27 Ramadan permintaan mencecah sampai 10 kawah sehari” tambah Pattani.

Satu bungkus akan dijual dengan harga 10 bath . Bagi sesiapa membeli 100 bath akan diberi percuma tiga bungkus (13 bungkus dengan harga 100 bath).

Cha Cho Jambatan Cina sudah terkenal ramai pelanggan disebabkan usahawan kecil ini lebih 30 tahun lamanya . Resepi yang unik dan baunya harum manis telah memikatkan ramai pelanggan dari dekat dan jauh.

Modal satu kawah 400 bath dan akan dapat untung 400 bath. Pekerja adalah ahli keluarga dan jiran tetangga.

“saya rasa bangga dan gembira hati boleh kerja apa yang diusahakan sendiri dan yang penting boleh menyambung kerja datuk nenek hingga sampai ke hari ini” ujar pengusaha muda yang nampak giat dalam kerjanya.

Pembeli adalah peniaga tengah yang beli banyak untuk dijual tetapi ada juga yang membeli untuk sedekah kepada orang berbukia puasa

“beli banyak-banyak seratus dua ratus untuk makan di masjid untuk berbuka puasa kebanyakan beli di sini” kata Pattani.

Hawae Bin Domen peniaga yang sering membeli ChaCho di sini sejak tiga tahun lalu berkata

“selalu ambik khas bulan puasa sahaja ..bulan puasa sebulan orang makan ..tahu tu kita mari ambil tahun lalu dua tahun tiga tahun dah tengok duduk buat cha cho orang pun dok sohor kata sedap-sedap ..selain daripada cha chok manis, tuak, buah tal .. bawa balik jual menjaja dan juga letak di kedai” Kata Hawae.

https://ssl.gstatic.com/ui/v1/icons/mail/images/cleardot.gif