Temubual Pengarah Institusi INSANI Tempat Berkumpul Ahli Akdemik Muda Patani Untuk Penyelidikan Dan Pembangunan

Temubual Pengarah Institusi Patani Untuk Penyelidikan dan Pembangunan (INSANI) berkenaan dengan latar belakang dan arah tuju pelaksaan kerja. INSANI yang menjadi badan mengumpul ahli akademik jenerasi muda di wilayah sempadan selatan. Menitik berat dalam membangun potensi ahli akademik Patani dalam membantu masyarakat dan tanah air. Persipan mengarang khutbah yang mengandungi isi kandungan yang sesuai dengan zaman. Koloberasi dengan ahli akademik dari luar Negara.

Penolong Prof.Dr.Maketar Haji Waesohak , Pengarah INSANI beliau adalah pensyarah jemputan di UUM, Kedah. Sebelum ini pensyarah di universiti INSANIAH selama 4 tahun. Tamat belajar peringkat B.A dalam bidang Syariah dan Undang-undang Universiti Al-Azhar, Mesir. Tamat Sarjana dan PhD dalam bidang Undang-undang Antarabangsa dari Institusi Penyelidikan dan Pengajian Arab dari Mesir.

Latar Belakang dan Penubuhan INSANI

Dr.Maketar -Disebabkan beberapa tahun lepas beliau telah melibatkan diri dalam medan akademik tetapi belum ada tempat bagi ahli akademik dari wilayah sempadan selatan berkumpul atas tujuan ilmiah. Pada hakikat sebenarnya terdapat ahli akademik tempatan yang bertugas dalam kawasan atau di luar Negara. Sebagai contoh sebahagiannya di Malaysia.

Dan hasil daripada perbincangan dengan kawan-kawan lebih kurang satu tahun lepas. Maka terdapat idea untuk menubuhkan satu badan sebagai badan yang mengumpulkan ahli akademik untuk menjalankan penyelidikan yang berkaiatan membangun potensi manusia dan mengurus masyarakat.

Pada masa itu terdapat 20 orang ahli akademik dan kebanyakan mereka adalah ahli akademik jenerasi muda di institusi pengajian tinggi dalam kawasan. Idea pertama bermula ialah mengumpulkan teman-teman yang menjadi pensyarah atau orang yang bekerja dalam bidang akademik. Mereka yang mengajar di universiti atau bertugas di sempadan selatan atau di Malaysia.

Tujuan utama ialah ingin menggalak mereka. Dan kumpulan kami ialah bertugas di pelbagai jurusan. Termasuk jurusan bahasa, undang-undang, pentadbiran, hubungan antarabangsa, syariah dan lain-laian. Bagaimanakah untuk menjadikan mereka mempunyai potensi dalam bidang masing-masing.

Apakah Plan Tujuan Dalam Perasmian institusi pada 18 Mac lalu

Dr.Maketar –Dalam perasmian di hotel Park view Pattani baru-baru ini adalah secara rasmi institusi ini sebagai badan NGO di tubuh. Setakat ini ada lagi tujuan lain semata-mata untuk di perkenalkan kepada masyarakat. Perkara yang akan di laksanakan sebagai konkrit pada masa akan datang ialah institusi sedang mengumpul khutbah Jumaat yang sedang di tulis dan akan dibuku. Isi kandungannya selaras dengan semasa dan ia adalah tuntutan dan kemahuan imam-iman di Masjid dalam kawasan. Dan satu perkara lagi yang kami boleh laksanakan ialah tubuhkan tesyen bahasa kepada pelajar dalam kawasan. Ia adalah kerja yang boleh buat kerana ia adalah kerja khidmat kepada masyarakat dan kami sendiri mempunyai persiapan.

Dan satu lagi idea yang boleh buat ialah mencetak majalah ilmiah untuk masyarakat tempatan. Apabila kita sudah menubuh institusi satu perkara lagi yang jelas sekali kita boleh koloberasi dalam bidang akademik dengan mana-mana institusi dalam dan luar Negara. Seperti dengan Malaysia, Indonesia atau dengan Negara Timur Tengah. Kerjasama dari segi akademik sangat penting dalam membangunkan masyarakat. Khasnya saat ini pintu kerjasama di peringkat Asian dalam beberapa bidang ini adalah satu perkara yang penting.

Dalam hal khidmat kepada awam , kumpulan kami akan menjalankan tugas kerana tujuan oraganisasi kami ialah sukarelawan seperti memberi ceramah dalam mana-mana pentas.

Bagaimanakah Pandangan Anggota INSANI Terhadap Fenomina Masyarakat Sekarang

Dr.Maketar –Bagi pandangan ahli akademik yang menjadi anggota institusi tidak beza padangan dengan pandangan orang ramai terhadap fenomina masyarakat masa kini. Masalah besar yang sedang dihadapi oleh masyarakat sekarang ialah masalah dadah di kalangan belia. Punca penting ialah kelemahan pendidikan dan kami memberi pemerhatian utama.

Manakala hal proses damai, penglibatan dalam proses ini adalah perkara yang sensitif. Oleh demikian kami tidak akan melibatkan diri dalam hal ini. Tetapi kami memberi penekanan terhadap pembangunan potensi , kebolehan anggota terlebih dahulu. Kumpulan kami yang mempunyai kelulusan pendidikan dari kepelbagaian jurusan dan institusi pengajian tinggi dari Thailand, Malaysia dan dari Timur Tengah.

Strategi utama institusi pada saat ini ialah mengangkatkan taraf anggota yang sedia ada. Dan layanan ilmiah kepada masyarakat ini adalah tujuan pokok. Dan anggota institusi juga ada kerja tetap masing-masing. Ada tanggungjawab dengan institusi induk. Oleh demikian tujuan institusi bukanlah mempunyai tujuan yang besar tetapi semua anggota akan berkhidmat kepada masyarakat dengan kerja-kerja yang mereka berkemampuan.

Adakah INSANI Akan Menerima Anggota Dan Apakah Syarat-syaratnya

Dr.Maketar –sebenarnya kami tidak menyekat kemasukan anggota pada masa yang sama kami tidak membuka secara bebas kepada orang awam. Ia mesti mengikut peratuan dan kesesuaian yang di tetapkan. Iaitu tamat M.A. boleh berbahasa Melayu yang selaras dengan institusi. Walau bagaimana pun kini kami sudah ada 20 orang yang mencukupi dalam menjalankan kerja-kerja. Khasnya jumlah anggota yang kita ada sekarang ini mereka boleh menjalan kerja masing-masing dengan penuh potensi dengan sebenar.

อ่านข่าวที่เกี่ยวข้อง

สัมภาษณ์ ผอ.สถาบัน INSANI แหล่งรวมนักวิชาการรุ่นใหม่ปาตานีเพื่องานวิจัยและพัฒนา