Kedamaian Pattani Akan Lahir Jika Rakyat Mendapat Layanan Baik Daripada Kerajaan –Dr Syawki Allam

Beberapa usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan Gajah Putih dalam merongkaikan konflik berdarah di selatan Thailand. Termasuk juga mengundang wakil-wakil OIC turun ke padang untuk melihat sendiri kehidupan penduduk dan mendengar penyampain polisi yang dijalankan oleh pihak Thailand terhadap masyarakat Islam di wilayh bergolak tersebut.

Terbaru Kementerian Hal Ehwal Luar Thailand mengundang Mufti Agung Mesir, Dr Shawki Allam untuk memantau situasi di selatan Thailand dan mendengar taklimat pelaksaan polisi pihak Thailand terhadap masyarakat Islam di Thailand khasnya di selatan Thailand.

Lawatan tersebut bermula pada 6-7 April 2017 selain mendengar laporan pihak keselamatan dan wakil pentadbiran tempatan Thailand beliau juga sempat menziarah ALUMNI pelajar Mesir di sekolah Thammawittya Yala. Beliau juga mengziarahi komuniti Islam dan Bhudda di Khokpo, Pattani. Dan beliau juga berkesempatan menyampaikan khutbah Jumaat kepada umat Islam di Masjid Jamek Pattani.

Mufti Agung Mesir juga berkongsi pengalaman masyarakat majmuk di Mesir dengan pegawai tinggi dalam kawasan supaya menjadi pengukur dalam menyelesaikan masalah koflik di selatan Thailand yang bercetus sejak 2004.

Kata beliau kedamaian dalam kawasan adalah perkara yang mesti di teruskan, seperti juga dengan Mesir yang rakyat berbilangan kaum, keturanan, kepercayaan dan agama. ia tidak dapat lari daripada masalah yang berbagai masalah. oleh itu cara penyelesaiannya juga mesti menyelesai dengan pelbagai dimensi yang selaras tidak kira dari segi ekonomi, pendidikan, politik dan pelindungan kepada rakyat secara menyelurus agar kedamain tercapai.

“kedamain yaitu kita rasa damai dalam masyarakat, damai dari segi pemikiran, damai dari segi ekonomi, damai dari segi keselamatan / di sana ada beberapa unsur yang berhajat untuk memenuhi yang di katakan daulah supaya kita menjadi tetap tenang dan boleh hidup bersama” kataMufti Agung Mesir, Dr Shawki Allam

Beliau juga setuju dengan proses damai yang sedang di jalankan oleh pihak Thailand dengan MARA PATANI dalam mencari penyelesaian konflik di selatan Thailand. Kerana dialog dan berunding sebagai asas dalam menamatkan keganasan yang berlaku.

อ่านข่าวที่เกี่บวข้อง

“การพูดคุยเป็นรากฐานการแก้ไขปัญหา” ศ.ดร.เชากีย์ อิบรอฮีม มุฟตีสูงสุดอียิปต์