Tiga Organisasi Tukar Pengalaman Dalam Menjaga Golongan Yang Lemah Daripada Situasi Ketidakamanan

Institusi Komuniti Tempatan Membangun, Bank Dunia dan Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) bersama dalam majlis tukar pengalaman menjaga dan menolong golongan yang mudah terjejas daripad suasana ketidakamanan. Mengambil berat dalam membangun kualiti hidup, ekonomi dan pendidikan. Ia dilaksanakan di bawah projek LDI

Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) dengan kerjasama oleh Bank Dunia (Wold Bank) dan Institusi Komuniti Tempatan Membangun (LDI) mengadakan majlis tukar pengalaman “menjaga dan menolong golongan yang mudah terjejas daripad suasana ketidakamanan” pada 24 Januari 2017 lepas di SBPAC.

Pejabat Komunikasi dan Penerangan SBPAC melapor bahawa dalam tukar pengalaman tersebut MR.SAM CHITTICK, pakar dari Bank Dunia dalam bidang menjaga dan membantu mangsa yang terjejas dalam kawasan yang mudah berlaku keganasan.

Iskandar Thamrongsap , Pengarah Tabung Mengukuh Perdamaian, LDI bersama wakil dari  Bahagian Pengarah Agensi Keselamatan Dalam Negeri, Bahagian ke- 4 (ISOC ke-4)  dan pegawai SBPAC menyertai mesyuarat kali ini.

Mesyuarat kali ini di sokong oleh Projek Sokongan Komuniti Tempatan Untuk Pemulihan Selatan di bawah kerjasama Bank Dunia dan Kementerian Kewangan. Bertujuan membangun tabung kemasyarakatan dengan kerja membangun membina asas pemulihan dan memperkukuhkan masyarakat, tempatan dan sivil masyarakat selatan.  Melalui tabung Peace-building Partnership Fund: PPF antara tahun 2009-2017. 

Dengan ini Projek Sokongan Komuniti Tempatan Untuk Pemulihan Selatan dengan kerjasama Bank Dunia dan SBPAC mengadakan mesyuarat tukar pengalaman kali ini bersama dengan pihak kerajaan yang berperanan dalam menyelesaikan masalah keganasan di selatan Thai. Dan mencari jalan untuk berkerjasama dalam bidang memajukan tempatan.

En Thakengsak Yoksiri , Timbalan Setiausaha Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan (SBPAC) selaku pengurusi mesyuarat berkata beliau ingin mendengar pendangan semua tokoh yang terlibat secara direk dalam menjaga rakyat dalam kawasan. Dua perkara yang akan berkongsi dan jalinkan iaitu program balik kampong dan menjaga kualiti hidup. Mendapat kerjasama daripada LDI dan Bank Dunia untuk tukar pengalaman daripada luar Negara oleh MR.SAM CHITTICK dan MR.MARKUS KOSTNER untuk menjaga golongan lemah yang terjejas daripada situasi keganasan.

En Iskandar Thamrobfsap , Pengarah Tabung Mengukuh Perdamaian, LDI berkata bahawa menjaga dan membantu golongan yang lemah yang terjejas daripada siatuasi ketidakamanan seperti membangun kualiti hidup,ekonomi, pendidikan. Ia bukan hanya golongan yang menyertai program balik kampong sahaja tetapi termasuk semua kumpulan yang tergolong daripada golongan yang lemah.

Bagi pertukaran pengalaman tersebut pakar dari Bank Dunia berkongsi pengalaman beliau di Kolumbia, Pilipina dan Sri Langka. Beliau mengesyorkan bahawa perlu membina kefahaman bersama oleh pihak kerajaan sendiri dalam pengurusan. Supaya mempunyai hala tuju yang selaras dalam menjaga golongan yang lemah. Disebabkan masih ada pendapat yang berbeza.

En Iskandar berkata menjaga golongan yang mudah terjejas mesti dilakukan secara berterusan. Walaupun Bank Dunia memandang bahawa situasi di kawasan yang akan berlaku keganasan sebagai gelombang naik turun. Pada masa yang sama belum ada jalan keluar melalui politik. Oleh kerana belum ada kesungguhan dalam rundingan antara kumpulan yang mengguna keganasan dengan pihak kerajaan Thai.

อ่านข่าวภาษาไทย

3 องค์กรร่วมแลกเปลี่ยนประสบการณ์ดูแลช่วยเหลือกลุ่มเปราะบางจากความไม่สงบ